Once Upon A Time In Doha






Bila aku katakan yang aku sedang berada di Doha untuk selama sebulan lebih, itu memang benar dan tak ada tipu daya dalam pengakuan tersebut. Tambahan untuk tinggal seorang tanpa teman selama sebulan lebih dalam bilik dan katil besar memang mencabar. Katil sebesar ini selalunya memang sesuai untuk berdua tambah-tambah untuk honeymoon, memang comfort tak ada bunyi yang keluar walaupun kita melompat atas katil tersebut. Soundproof orang kata, orang sebelah bilik pun tak akan terganggu.




Bukan itu saja, mandi dalam bath tube sensorang tanpa ada yang tolong gosokkan belakang amatlah tidak best. Terasa seperti hilang nikmat ketika makan ayam KFC tanpa sos cili life. Terasa seperti ada yang tidak lengkap. Sesetengah orang boleh tahan, sesetengah orang tidak. Entahlah aku tergolong dalam golongan yang mana. Yang pasti aku masih ada 4 minggu di sini untuk diharungi.


Tapi aku perlu ingat yang aku datang sini untuk bekerja. Bekerja untuk mengumpul duit. Mana la tahu esok lusa aku terserempak dengan mana-mana gadis lentik yang sopan yang sesuai untuk dijadikan bini, tak perlulah nak tunggu lama-lama kalau tak nak disambar macam yang pernah berlaku dulu. Hidup ini kita tak boleh nak ramal dan duga, kalau lambat confirm kita tinggal.


Apa la sangat kacaknya seorang lelaki kalau dia tak mampu nak ikat tie sendiri. Lama sungguh aku tinggalkan pekerjaan mengikat tie kerana cita-cita aku untuk mencari seorang isteri yang pandai berbuat demikian. Rasanya aku lebih pentingkan skill mengikat tie dari skill dia memasak. Bab masak tak perlu risau, leave it to me. Dia tak akan kebulur. Tinggi tak cita-cita aku ni?

"Hi... Good morning!" tegur seorang gadis free hair dan berbaju putih belang dan berskirt kelabu pendek yang berada dalam lift. 

Dia senyum dan jeling pada aku seperti mahukan sesuatu dari aku. Tapi nampaknya dia bukan gadis local, kalau tidak dah lama dia memberi salam pada aku. Mungkin juga dia tegur aku sebab baju kami serupa. Mungkin.

Aku yang berbaju kemeja lengang pendek lengkap dengan tie dalam perjalanan turun breakfast. "Hi..morning too" bersahaja ditambah dengan senyuman aku yang biasa.

"You are from Philippines?" tanya dia sambil bersandar ke belakang lift disebelah kanan. Masih ada senyuman di wajah dia.

Aku pula mula bersandar kebelakang di bahagian kiri lift sambil menyilangkan kaki kanan ke kiri dan tangan aku bersimpuh di atas dada aku. "Nope! I am Malaysian" dengan bangganya aku bersuara.

Selain dari masyarakat tempatan, majoriti masyarakat yang terbesar di sini terdiri dari orang India dan juga Filipina. Mungkin kulit aku yang asian look menyebabkan dia menyangkakan aku orang Filipina.

"So young pretty lady, where are you from?"
tanya aku walaupun aku dah hampir  dapat menduga.

"Thailand!" sambil tersenyum.

Fikiran aku terus melayang memikirkan Danok...


10 comments:

Anonymous said...

katil die... kalau fiera tido ni tak bangun2x dah kot..=)

No name said...

Apa yang difikirkan pak lan agaknya.. hahaha

Namee Roslan said...

hoii Lann...aku jealous gila tgk bilik kau. lawa nak mampun hotel yang kau dapat tu. Hilton pun dah out dated dah interior nya. wey tangkap gambar lagi ok.wey, beli la apa2 kat aku. kau kan handsome..haha

Unknown said...

awwwwwwwwww, sedaknye tengok katil tu! kahkahah, paklan ajar kite ikat tie plis?

Munn Jaafar said...

kapkumkapppp welcome to thailanddd!!

hahaha

best nmpk bilik tu.berapa semalam? =D

Unknown said...

Enjoy lah Pak Lan.. Mesti rindu giler masakan malaysia kan.. ;)

Anonymous said...

bilik terutama katil tu mmg mables..haha..paklan tunjuk lah muka..hehe..

Juwita Afifah said...

Indahnya tgk katil tu. ^^

Unknown said...

Hahaha pak lan pak lan

nur said...

mencari itu pasti tetapi andai terlalu mengharap dan itu bukan kehendak Allah, ianya xkan sesekali jumpa..kenangan lama itu tetap kenangan as long as we use the old memories as our alternative to keep moving. . .