KGB vs Pirate





Lama jugak aku tinggalkan dia tanpa belaian manja dari jari-jemari manis aku. Jari-jemari aku pun sudah tak seligat dulu akibat kurang beraksi. Aku rasa korang pun pernah dengar perkataan "sudah berkarat", itulah yang terjadi pada aku sekarang ni. Bila nak mulakan balik memang sukar, banyak skill yang dah hilang. Mungkin jari-jemari aku dah hilang sentuhannya.

Walaupun terasa kekok, tetap aku teruskan juga. Takut-takut ada yang tak puas hati. Manusia kalau hati tak puas macam-macam mereka akan lakukan untuk mereka mencapai kepuasan yang mereka inginkan. Aku tak nak perkara tersebut berlaku, maka aku gagahkan juga walaupun tanpa daya. 

Teka aku kalau la dia punya hati seperti seorang gadis, dah lama aku telah diDUMPkannya. Mungkin saat dan ketika itu baru aku berakal. Tapi aku sedar dia cuma blog aku yang dah usang.

Aku mengaku aku sudah lama tak menulis. Aku mengaku aku sibuk dengan dunia kerja aku. Ke sana ke sini, tak berhenti tanpa punya masa untuk gadis di sekeliling. 

Kedengaran meja bergegar. Sms telefon aku menganggu ketenangan yang ada. Keempukan tilam menyukarkan aku untuk bangun mencapai telefon bimbit aku. Aku gagahkan jugak untuk bangun dari katil dan perlahan-lahan aku berjalan menuju ke meja. Lagi pun dah seharian aku tidur hari ni. 






"Ke mana you menghilang? Kenapa dah lama tak contact I?" 

Telefon aku letakkan semula di atas meja tanpa membalas sms tersebut. Baru aku teringat yang memang dah lama hang out dengan mana-mana gadis kat Malaysia sejak kebelakangan ni. Kebanyakan masa aku di habiskan di negara orang. Sekarang pun aku sedang berada ni Nairobi, Kenya. Dijangka balik hujung minggu depan. Tapi jangan percaya sangat dengan semua planning yang di buat company aku, boleh berubah di saat akhir. Kerja dengan company  aku ni serupa semacam hati gadis, unpredictable. 





"Hi Azlan! It's been a while right?"

"Yes it's been a while, 3 weeks"

Tangan kuning langsat yang dia hulur aku sambut dengan senyuman yang ikhlas pada wajah aku, berbeza dengan kulit gadis-gadis Moscow. Sudah lama aku tidak merasa sentuhan dari gadis-gadis Malaysia.




"How was Moscow?"

"Hot girls, cold place. Perfectly match"

Dia hanya mampu tersenyum dan menggelengkan kepala. Sally agen dari OCBC Bank, dia datang ke office aku hari untuk mengaktifkan kad atm yang baru serta untuk pendaftaran untuk online banking. Semua ini sepatutnya selesai hanya dalam masa 10 minit sahaja. Tapi dengan aku dia mengambil masa yang agak lama hampir sejam kami berada dalam bilik meeting, berdua.



"What was you doing with Sally in the meeting room yesterday? A lot of investment?" soal Eugene officemate aku, sambil tangannya menongkat di atas meja receptionist.

Soalan yang membuatkan aku tersenyum mengenangkan hal semalam. Soalan yang tak pasti sama ada aku patut jawab dengan jujur atau tidak. Soalan yang buat aku berfikir panjang sebelum menjawab.

"What do you guys want to know about her?" Semua orang yang ada di situ menumpu tepat pada muka aku. Suasana menjadi sepi, menanti aku bersuara.

"She is single 25 years old girl who just broke up with her boyfriend. Drive a honda city and live together with her family in Kepong. What else you guys want to know about her?" Jawab aku dengan senafas.

Semua orang terlopong termasuk Eugene yang seakan tidak percaya. 

"You go  to Moscow for office training or KGB training ha?"  soal Christina yang masuk campur dalam perbualan seakan tak percaya.



Aku hanya senyum bila mendengar soalan tersebut. Kemudian aku tidak teragak-agak untuk menambah. "Do you know that, next trip I will go to Kenya to get Somalia Pirate training that based in Kenya"


Semua orang ketawa selepas seketika, diaorang semua tahu aku suka bergurau. "Gelak-gelak jugak, janji minggu depan aku ada date dengan Sally. " bisik aku dalam hati sambil tersenyum riang ria.

Tapi sebelum tu, aku perlu berjumpa dengan Becky. Banyak benda yang perlu aku settlekan dengan dia. Sewaktu ketiadaan aku di Malaysia, dia yang banyak tolong aku dalam menjaga kereta aku. Lagi pun dah terbit sedikit rasa rindu pada dia kerana dah lama tak berjumpa.


Ini semua berlaku sebelum aku datang ke sini, Nairobi Kenya. Tapi semuanya hanya plan yang tak dapat aku laksanakan. Balik dari sini nanti aku perlu balas  dendam, dendam pada dua orang gadis ini. Sally dan Becky.

9 comments:

ceklala said...

t-shirt hard rock tu macam menarik kalo ada dalam genggaman =)

Cikya said...

Pehh Pak Lan.

betul- betul g Kenya ker?
kitorang gossip dengan Missenget jer hari tu. :)

Ermm, nak ikut g Kenya, scout pirate jadi askar tanah malaya.

hoho.

nak baju AK-47 selai Pak Lan.

downtown ada tak?

hafizrahim said...

cantik2 gambar bro amik..=)

Samsung Galaxy SIII Pilihanku

Wadi AR said...

cik lannnnnnnnn. hang pi mana sampai dah tak nampak kat alam maya ni. kalau nak kawen jemput aku tahu

Unknown said...

rasa macam nak g kenya lak , hehe

Namee Roslan said...

eh macam banyak je buah tangan! haha. ni untuk aku ke. haha. kau selalu outstation...serghonokkk ah.

Unknown said...

berkarat dh ke paklan? wahhaha

Camy Alya said...

wohooo!

Unknown said...

Seronoknyaa lifestyle paklan...