Kenangan Lama




Kahwin bukan benda mudah, lebih-lebih lagi bila melibatkan orang yang kita sayang, tapi kita bukanlah orang yang bakal mereka kahwini. Rasa sedih manusia tak mungkin hilang dalam sehari dua. Apatah lagi bila rasa sedih itu diselang-seli dengan kenangan gembira. Rasa yang bercampur baur seperti rojak dan juga ais kacang. Ada kalanya rasanya manis seperti boleh buat orang kena kencing manis, ada kalanya rasanya seperti cilaka yang boleh buat lu nak lempar saja apa lu tengah makan ke muka peniaga kedai makan tersebut.



Gua duduk tersandar di kerusi yang kurang empuk, menanti kalau-kalau ada jodoh gua lalu di depan gua. Airport Dubai memang besar amat, sampai gua rasakan akan ada harapan untuk bertemu jodoh dengan gadis berhidung mancung. Mata gua meliar ke kiri dan ke kanan tanpa henti. Sekilas pandang tiada yang menarik perhatian gua. Dua kilas pandang, gua rasa kecewa lagi. Nampaknya status Facebook gua tahun 2012 masih akan berakhir tanpa berusik, "Single". 




Rasa seorang ibu mengandung sedang bermain di tekak gua, loya dan sakit kepala. Agakkan gua, ia akan menemani gua sehingga habis perjalanan ni kelak. Gua rasa sebal duduk sahaja tanpa aktiviti yang melibatkan pergerakkan mata dan hati. Lantas gua bangun dari tempat duduk gua dan mula berjalan ke hulu hilir mencari punca kebahagian sementara.



Gua seperti orang hilang arah. Merayau-rayau keseorangan mencari apa yang tak pasti dalam hidup gua, mencari panduan hidup yang selama ini gua tak jumpa. Sakit di kepala gua semakin kuat. Mata gua semakin kabur, kelam dan gelap. Gua tersandar pada dinding yang tak ramai orang lalu lalang. Yang gua dengar cuma suara yang sedang memanggil nama gua "Azlan".."Are you ok?". Seakan dia dan gua telah berkenalan sebelum ni. Selepas itu pandangan gua kelam.


6 comments:

MAY said...

Err..tu gbr kawen sape.ngee

hanaahmad said...

Azlan, are u okay?

Dkna Abza said...

paklan, are u okay?? heheee..

insyaAllah paklan, pasti akan ketemu jodoh satu hari nanti..

pssssttt.. dulu dkna usha paklan, jual mahal.. *tertibe :P

Blog Eazy Izzuddin said...

Haih dah kenapa ni hehe

Unknown said...

walawei..

paklan that used to be cheer man...

are u okay...?

Jodoh ada je.. calon tu misteri huhu...

cik Anggur said...

serius best cerita nie.....mula2 baca dr part ketiga then bru cri part awalnya... ~