Bangang itu boleh ada pada sesiapa sahaja, bezanya mungkin kondisi dan cara dia bertindak. Bangang gua kerana tidak menghargai sesuatu yang pernah hadir dalam hidup gua dulu. Bangang gua juga kerana tidak mengejar dia walaupun gua tahu isi hati gua pada masa tersebut. Kini dia muncul semula di depan mata gua, tapi rasa bangang gua masih tidak pernah hilang. Manusia bangang memang tidak pernah adil dengan diri sendiri.
"How are you Annie?" ku renung tepat pada wajahnya yang seakan menyembunyikan kesedihan di sebalik manis wajah dia.
Dia tidak menjawab dengan lisan, sekadar menganggukkan kepala. Mata berkaca, pipi mula basah. Tangan dia mengesat air mata yang jatuh perlahan-lahan lalu dia alihkan pandangannya dari menatap gua.
Gua capai dagunya dengan jari-jemari suci gua. Gua angkat kepalanya, sedikit mendongak menghadap gua yang masih duduk di atas penjuru katil. Kepala gua rapatkan sedikit menghampiri dia. Dia seakan terpukau lalu memejamkan mata dia. Takut atau gementar mungkin itu salah satu perasaan yang bermain dalam fikiran dia. Gua ambik keputusan tekad untuk lakukannya.
Annie, dia buka matanya perlahan-lahan. Tercengang dengan apa yang gua sedang lakukan pada dia. Dia mula bersuara "Terima kasih". Dia mula tersenyum, senyuman yang tanpa pura-pura. Senyuman yang dahulu pernah ikhlas untuk aku. Dia menyambung kerja yang gua buat sebentar tadi, mengesat air mata dia sendiri.
"Apa yang you buat kat sini? Where have you been all this time?" soal gua bertalu-talu.
Dia hanya senyum, mungkin sedang mengambil masa untuk mengatur kata. "I...errrmm..I.." bicara dia seakan mati di situ. "Erm..you macam mana? Dah kahwin dengan Julie?" dia yang sedang cuba untuk lari soalan gua.
Gua yang cuba memahami dia cuba untuk tidak memaksa dengan tidak bertanyakan berulang kali. "Julie dah kahwin, tapi..bukan dengan I" gua cuba sembunyikan rasa sedih gua yang mana gua memang pakar. "But I am glad that she found her perfect happiness" gua senyum pada Annie.
Tok! Tok! Tok!
Kedengaran pintu bilik yang kami sedang berdua tadi di ketuk. Gua sudah seram sejuk. Banyak benda bermain difikiran gua. Gua panik.
8 comments:
pe sudah jd!!! jgn serem sangat!! ;p
heh la. ada sambungan ke?
OMG Casanova is back!! <3
Who's knocking the door...
cepat sambung. aku nak baca
Tok Tok Tok!
Rasa macam dok panggey tok ka tokwan kat kampung la pulak..haha =P
*mood rindu kampung halaman
sambung2.. tapi jangan lupa upload gambar2 menarik laser tag..hahaha :P
tok tok tok. tok kadi datang . ngehehehe.
ohhhhoooooi hooooi..lama tak singgah blog hang....bila nk panggey mkn nasik minyak weeeeh? hehehe
Post a Comment