Kenangan Lama IV





Annie dan gua masing-masing memandang sesama kami, pelik dan gelabah. Gua bangun dari katil yang sedang gua duduk tadi dengan Annie. Gua tarik tangan Annie, Annie pulak menjeling tanya pada aku. Dengan berbekalkan muncung mulut, gua mengarahkan Annie untuk membuka pintu sambil gua bersembunyi di belakang dia.


"Kenapa I yang kena bukak? You la yang patut bukak"


"Kalau jadi apa-apa dekat you, sekurang-kurangnya I sebagai lelaki tak akan panik dan menjerit tak tentu hala" gua explain dengan hujah yang gua rasakan kukuh.

"Habis I la yang kena bukak pintu ni?"

Gua angguk laju-laju tanpa ada perasaan sangsi di hati tanda gua sangat yakin dengan jawapan gua.

"You support I dari belakang OK?"

Gua angguk lagi, biar dia rasa yakin dengan gua.

Tangan gua diletak di atas pinggang dia. Kepala gua sembunyikan dibelakang badan dia, atas sedikit dari punggung dia. Gadis, lu bukan buleh duga tindakan dia kalau dia sudah terkejut. Sekurang-kurangnya kalau jadi apa-apa nanti, gua masih selamat tak kena direct hit orang kata

Annie bertindak berani, selak pintu ditolak dia perlahan-lahan. Gua pula menanti dengan sabar, sambil muka gua sembunyikan dengan bersungguh agar orang yang berdiri di depan Annie tak akan nampak gua. Pintu dibuka perlahan-lahan oleh Annie, berhenti pada sudut 30 darjah. 

Gua tengok dia tak bersuara, hanya memandang tepat terus keluar pintu. Kelihatan dia hanya mengangguk dan kemudian terus menutup daun pintu. Gua tidak bersembunyi lagi. Dia pula terus pusing ke belakang dan memandang tepat pada wajah gua. Riak wajah dia terus berubah, seakan sedih. Namun tiada air mata yang mengalir. Gua jadi serba salah.

"What happen? Kenapa you sedih tetiba?"

"Sebenarnyakan...hurm...macam mana I nak cakap erk..."

"Cakap ja. Takpa I boleh terima"

"Sebenarnya...."

Gua menanti dengan penuh sabar dan fokus pada wajah, pada bibir yang sedang bertutur.

"Masa kita dah tamat. Kita kena kemas dan keluar dari bilik ni" diakhiri dia dengan menjelir lidah kepada gua.

"Amboi gatai no. Lidah tuh nak I tangkap dan buat sup lidah ka?" ugut gua.

Muka dia bertukar merah. Dia menjelir lidah lagi seakan cuba untuk menguji ugutan gua tadi. Mungkin dia tak tahu yang gua pantang dicabar. At the end, kami terpaksa membayar extra 30 minit kerana lambat keluar dari bilik.

4 comments:

Unknown said...

Hahaha lol suspen!!!

Alin Marlini said...

hehehehe..times up..

Unknown said...

haha ingatkn cerita hantu

boni kacak said...

hhahahaha.. adakah cerita separa lucah ni?hahahaha