Kenangan Lama VI






"You ingat lagi tempat ni?" Soal gua. Gua terus melabuhkan punggung di atas bahu jalan lalu langut memandang menara KLCC dari bawah ke atas macam gua pandang gadis lentik.

"Mana I buleh lupa" Gadis yang berambut hitam pekat paras bahu, tanpa segan malu dia duduk di sebelah gua. Sambil membetulkan skirt pendek yang dia pakai supaya mamat motor yang sedang berhenti depan traffic light tidak terus merenung dia. Tapi kali dia merenung pulak pada gua. Gua harap dia bukan gay, mungkin dia cemburu sahaja dengan gua. Dia sambung semula perbualan kami. "Ini la tempat kita selalu dating.. ermm.. hangout..kan?" Gua toleh ke kanan memandang dia, tapi dia melarikan pandangan dia dari gua.

Gua senyum. Sengaja atau tidak, gua paham apa yang dia nak sampaikan. Gua masih ingat lagi bagaimana kami mula-mula keluar, masa kami mula-mula kenal. Masa tuh gua baru kenal KL dan gua tak belajar lagi tentang istilah gadis lentik. Waktu di mana belum ada diskriminasi rupa dalam hidup gua. Waktu gua pandang gadis sipi sipi sahaja.

"You buat apa esok?" sambil dia menarik kerusi beroda dari meja sebelah dan duduk di sebelah gua.

Gua tak layan soalan dia sambil gua terus merenung skrin komputer. Tangan dia duduk tak diam, dia cuba menggapai pen yang gua susun dalam gelas di atas meja gua. 

"Pap!" Gua tampar tangan dia. 

Dia masih tak dapat duduk senang. Kali ni dia cuba menekan keyboard gua pulak.

"Pap!" Gua tampar tangan dia lagi.

"Lu nak apa sebenarnya ni?" Gua kuatkan suara dan lalu gua bangun, gua tolak kerusi yang dia sedang duduk ke meja sebelah. Nasib baik waktu itu memang tak ada sapa dalam office. Semuanya keluar lunch.

Dia bangun dari kerusi lantas dia bersuara "I nak ajak you keluar esok tengok wayang" jarak dia dengan aku tak jauh, kalau bergerak ke depan sedikit lagi gua tak tahu part dalam kat tubuh kami akan bertembung dulu.

Gua dah tak pedulikan semua itu. Gua tengok muka dia senyum serius, jenis kalau tak dapat akan cuba berkali-kali. 

"Ok, boleh dengan syarat" nada gua tegas.

"Apa dia?" Dia mula melonjak kegembiraan. Bersentuhan jugak part tubuh kami, tapi gua dah lupa part mana.

"Lu kena datang ambik gua kat rumah, gua tak tau drive" muka gua serius.

Dia ketawa, ketawa tak berhenti. "Biar betul you tak tau drive?" seakan dia memerli gua.

"Orang hensem macam gua ni, kalau setakat kekurangan skill memandu masih tak ada effect apa-apa. So lu nak datang ambik ka tak? Kalau tak gua ada hal lain yang lebih penting nak buat"

Dia gelak kecil. "Ok deal!"

Dia berlari balik kegembiraan balik ke tempat duduk dia. Gua pulak menarik nafas lega kerana dah tak ada gangguan dari dia. Gua sambung kerja gua fokus.

Gua senyum sendirian mengingatkan saat tersebut. Gua senyum lagi panjang bila teringat saat dia belanja gua makan. Tu tak termasuk lagi bila dia terhegeh-hegeh nak datang rumah gua dan gua mintak dia tolong gua kemas rumah, basuh baju dan jugak masak. Gua bersyukur gua kenal dia, sebab gua dah tak perlu nak buat kerja-kerja rumah tuh semua dan masa free gua, boleh gua gunakan untuk flirting dengan gadis yang lalu lalang depan balkoni rumah gua.


2 comments:

Wadi AR said...

lu dah ada kat malaysia ke belum cik lan?

Zuan said...

haha kasar~