Sekarang ini habit aku agak pelik sikit, aku selalu tidur lambat dan bangun awal. Kalau boleh aku nak optimize kan waktu aku berjaga sebab aku rasakan tidur itu satu perkara yang bosan untuk dilakukan oleh lelaki yang single dan aktif seperti aku. Siapa tahu dalam dok berjalan berjalan sensorang, aku mungkin terserempak dengan jodoh aku.
“Sometimes you find love at the place where you least expected”
Jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi, tetapi aku masih bertuala sambil membuat perkara yang hanya mampu dilakukan oleh orang bujang iaitu menghirup Teh O bujang.
“Hujan pulak pagi ni” bisik hati aku sambil memandang ke luar berenda sambil melambung siling untuk menentukan aku patut pergi kerja naik motor atau pun kereta. Aku sambut siling yang aku lambung tadi kemudian aku lihat hasilnya. Kepala.
Teh O bujang bersama biskut mayat aku tinggalkan di atas meja sambil aku meluru ke bilik air . Paip air yang sudah nazak aku buka. Gigi aku gosok dengan bersungguh, agar bau mulut sentiasa segar. Aku basahkan badan kemudian sabun semua bahagian yang patut supaya bersih dan suci. Nanti mana tau kalau ada gadis yang nak tokak aku tak la ralat sangat. Itu sebab kita perlu sentiasa kekal bersih. Paip aku tutup, kemudian aku lompat-lompat rendah seketika tanpa bertuala dalam bilik air supaya air di badan aku kering sedikit sebelum aku lap dengan tuala. Bijak bukan?
******
“Hi!” terasa bahu aku seperti di cuit. “Baru nak p reja?” tegur suara yang agak lunak yang datang dari belakang aku. Aku pasti itu suara gadis, sangat pasti. Cuma aku tak tahu siapa. Terlalu banyak sangat gadis dalam hidup aku. Nama pun aku tak ingat inikan pula suara. Kalau boleh aku nak labelkan mereka semua menggunakan nombor. Namun aku sedar yang aku pun lemah dalam matematik. Aku sedar yang aku tak mampu untuk ingat walaupun mereka di label menggunakan nombor.
Aku pusingkan badan menghadap suara tersebut selepas grill pintu rumah aku lock dengan solex. Wajah yang aku kenal, gadis yang duduk berjiran dengan aku. Kalau korang pernah baca entry aku yang INI tentu korang akan ingat. Dia bersiap siaga dengan berbaju kurung dan bertudung bawal. Simple tapi kemas. Cantik? Boleh la tapi tak boleh la nak compare dengan Lisa Surirumah.
“Aaa..baru nak p reja ni. Awak pun sama ka? Eh! Mana kawan yang sorang lagi tu?” Aku memang perasan dia selalu pergi kerja dengan kereta housemate dia. Tapi hari ni tak nampak pula dia.
“Dia demam, tu ha ada dok terlantaq dalam rumah sensorang” sambil jari dia menunjukkan rumah dia yang betul-betul berada dihadapan rumah aku. Rumah apartment memang macam ni, jiran selalunya 4 buah rumah ja.
Aku lihat jam tangan aku, pukul 6 pagi. Cilaka! Aku lupa yang bateri jam aku dah kong. Lupa nak tukar. Aku intai jam tangan dia seperti mengintai gadis mandi. Pukul 9 pagi. “Kenapa lambat p reja hari ni? Selalunya 8:30 dah terpacak depan kereta kawan awak.”
Jari telunjuk dia tunjuk ke langit, kemudian jari yang sama dia tunjuk ke rumah dia. Aku senyum pada dia tanda paham. “Erm..erm..” suara dia yang agak tersekat tak nak keluar. Tapi aku rasa aku paham apa yang dia nak cakapkan.
“Jom! Saya tumpangkan. Nak ke LRT kan?” dia hanya mengangguk kepala dengan bersungguh.
Payung dekat tangan aku cuma ada satu, itu pun payung berlipat yang kecil yang sepatutnya muat untuk seorang. Tapi dalam keadaan darurat terpaksa la kami berhimpit dalam payung tersebut hingga sampai pintu kereta aku. Kereta pula aku parking diluar bangunan parking sebab parking dah penuh semalam semasa aku balik dari Putrajaya. Bila berhimpit kurang sikit sejuk kerana dek hujan yang turun.
Kereta aku parking di LRT Setiawangsa. Aku minta dia tunggu dalam kereta sementara aku keluar dari kereta sambil membawa payung ke side penumpang. Kami berhimpit lagi dalam payung yang sama dari parking hingga ke stesen LRT. Memang berlaga habis apa yang ada. Daruratkan? Aku terpaksa.
******
“Awak reja kat mana erk?” Dia memandang sebelah pada aku yang sedang duduk di sebelah dia. kami duduk rapat bersebelahan pada waktu kerana train dah kurang sesak time-time macam ni.
“Saya reja dekat-dekat sini saja.” Sambil aku membisikkan lokasi tempat aku bekerja ke telinga dia takut ada stalker lain yang curi dengan perbualan kami. “Awak pulak?” soal aku pula.
“Kat Menara TM” jawab dia ringkas.
“Jauhnya..” sahut aku. “Bos tak marah ka masuk lambat ni” sambung aku.
“Tah la.” Sambil mengangkat bahu dia.
“Stesen seterusnya, Ampang Park” suara yang cemburu dengan kami.
“Ok, see later. This is my card, contact kalau nak tumpang lagi lain kali ok.” Sambil aku menghulurkan name card aku.
Dia hanya tergelak kecil dengan usikan aku.
Sampai saja office baru aku teringat yang aku terlupa nak tanya nama dia. Aku tag card untuk membuka pintu masuk office aku. Lantas aku berjalan menuju ke meja receptionist untuk menggatal 5 minit sebelum aku mulakan kerja.
“Tuh apa tuh” tegur awek receptionist office aku sambil menunjukkan sesuatu pada seluar aku.
Aku tunduk dan aku dapati zip seluar aku terbuka.
Owh Cilaka!!!
20 comments:
tau la hujann cik lan sampai tak cek zip seluar tu. haha
haaa tu la kau sibuk sgt melayan gadis tudung bawal tu smpai suar tak zip. haha. btw, terlalu banyak gadis dalam hidup ? hehe. tapi dalam hati kau hanya satu kan. ? :)
aku faham perasaan awek tu bila duk sebelah kau..
eerkk? paklan! tak ase angin ke? ekekekeke
hehehehehe aku kadang2 ke kelas pun lupa nak zip
malu tak?hahaha tah ape lah awek tu fikir. kan? :D
huwarghhhhh mesti rasa cam nak meraung malu kan? confident bagik name card tue... btw x salah get to know ramai gurl. tapi yesss we know dalam hati hanya ada 1 yang bertahta tapi hati her pun kena laaa jaga jugak kan? chill urself
tokak tu apa :(
hahaha hampeh . tak zip seluar. habeslah kemachoaan hehehe
HAHAHAHAHAH.
Haha nice one paklan..
Mcm tu baru cool..identiti tersendiri kott..hehe
aku rasa mcm dah pernah komen kat entry ni..ke terlupa nak publish? huhu..=.=*
cpt la update...byk dh sawang ni.. =P
seluar pun tak reti nak zip ka? haisyh.
haha seluar pun tak zip ke? :P biasalah klu nampak moi cantik
Latest: Anything IS Food!
aku dapat rasakan yang dia tu awek yang lawa . Dan lagi satu aku nak gelak sangat2 kat kau .
Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha!!!!
hah menara TM?siapa dia..meh nak carikan..
opsssss......
1st time singgah sini dari blog Azmanisma-suka dengan tulisan awak..
Dah rasa macam baca novel :)
adehhh..zip juga menjadi sandaran...hahaha
adehhh..zip juga menjadi sandaran...hahaha
Post a Comment