"Dah
check in lepas tu tak reti-reti nak check out" maki bangla yang terpaksa
datang mengetuk pintu bilik gua kali ketiga dalam hatinya. Gua dapat lihat dari
pandangan mata dia yang tak puas hati yang tak putus-putus menjeling melihat
skirt pendek Annie. Dasar lelaki.
Gua
dan Annie bergerak menuju ke foodcourt mencari sesuatu yang boleh di makan.
Orang yang kepenatan dan baru nak baik demam, memang perlukan makanan yang
bertenaga. Gua ajak Annie lepak di Starbuck. Gua duduk menjaga tempat sementara
dia beratur membeli makan dan minuman untuk kami berdua. Gua cuma cakap gua
mahukan hot chocolate dan sandwich kerana gua tak boleh minum kopi disebabkan
gua memang sudah sedia aktif.
Annie
berjalan ke tempat yang gua chup dari tadi bersama dengan Hot Chocolate Classic
dan Cranberry Chicken Sandwich. Dia pulak setia bersama Expresso yang hitam
pekat dan juga Banana Chocolate Chip
Muffin. Dia kata dia perlukan sesuatu yang pahit sebab dia rasa dia dah terlalu
sweet. Pandai dia buat ayat. Tapi memang betul, gua dah rasa tadi. Memang dia
sweet.
Makanan diletakkan di atas meja dan dia duduk berdepan dengan gua. Sebaik saja dia baru nak angkat gelas Expresso dia, gua mula bersuara.
"You tau tak?"
"Tak!"
Kemudian dia ketawa selepas gua buat muka geram nak tokak dia.
"Ok ok you sambung la. Nak cakap apa tadi?"
"Doktor I cakap, tak elok duduk berdepan dengan orang yang sakit macam I ni"
"So I tak boleh duduk berdepan dengan you la? Habis, doktor you cakap I nak kena duduk mana?"
Gua tarik kerusi dari meja sebelah yang tak ada orang rapat ke sebelah tepi gua sambil gua tepuk seat kerusi tersebut sambil memandang Annie. Dia senyum lalu bangun dari kerusi yang dia duduk sekarang lalu melabuhkan punggung dia ke atas kerusi yang gua tarik tadi.
Dia mula nak meneguk kopi dia semula. Tapi gua bersuara lagi kali ni sebelum bibir gelas kopi tersebut singgah dibibirnya yang bersaluti lipstik yang berwarna pink, warna yang melambangkan kegadisan.
"You.."
"Ya kenapa?"
"Doktor I cakap, tak elok makan kalau lipstik still ada kat bibir."
"Habis tu I nak kena cuci la ni?"
Gua hanya anggukkan kepala.
"Ok, tunggu kejap I nak pergi toilet cuci"
Dia cuba bangun dari tempat duduk dia, tapi gua pulak cepat-cepat tarik tangan dia seraya berkata.
"I tahu cara nak tanggalkan lipstik you tuh tanpa perlu menggunakan air. Apa guna ada I di sini kan?"
Dia pandang gua semacam. Gua balas balik dengan pandangan yang lain macam.
9 comments:
hahahhaa. ending yang seram. lain macammmm O.o
Wowww,... nak tahu sambungan. Lalallala :)
mat bangla rupanya...cettt
ooo paklan nak tlg lap guna tisu ehh..haha..romentiknya paklan nih! auww! =P
gila romantik :D
hehe
Huahua...dialog romatika
Hahaha... Faham2...
Hahaa debor jugak membaca ni debor betul haha
Amboi paklan lagi sweet dari Annie! ;pp hahaha
Post a Comment