Half Exposed


Dalam hidup ini kita kena tahu sesuatu, sesuatu yang terjadi sejak dan bila mana terciptanya Adam lagi. Sifat hasad, dengki, benci dan menyampah lahir bersama ketika itu. Lahirnya sifat ini dari api yang panas membakar lalu menjadi sebati dengan manusia itu sendiri ketika dibuang ke bumi.

Jadi sudah lumrah kita yang terkemudian untuk merasai semua sifat-sifat ini. Kadang akal yang dikatakan bijak belum mampu untuk menempis apa yang sudah menjadi sebahagian dari darah daging. Di depan senyum belum tentu di dalam sama. Ketawa belum bermaksud sedang bahagia.

"Cantik Iphone 4 you, pakai casing gameboy lagi. Boleh I pinjam sekejap?" Suzie sedang membelek-belek telefon aku yang aku dapat percuma. Memang semua orang akan tertarik dengan benda yang menarik.

"Ambik la" bagi aku peralatan duniawi seperti ini bukanlah sesuatu yang aku pentingkan. Ianya bakal jatuh dan hancur, namun kadang nasib kita boleh baiki. Nasib tidak baik kita kena beli baru. Namun semua ini tidak bernyawa walaupun ada SIRI di dalamnya. Hubungan manusia itu perlu lebih kita jaga. Kerana itu hubungan yang akan menjalin ikatan sampai bila-bila. "Apa yang you nak buat tuh?" soal aku ketika dia sedang mengacu lense kamera pada muka aku.

"I nak ambik gambar you, nanti you boleh la replace dengan DP you dekat Facebook, Twitter and the most important thing your blog" dia bersungguh dengan mencari posisi yang sesuai.

"Ermm..its ok kot. It's better kalau I tak letak gambar I dalam dalam semua tuh" kita kena tahu seperkara. Hati manusia ni kita bukan senang nak duga, gambar yang di ambil dengan tujuan yang baik mungkin boleh diexplotasi menjadi sesuatu yang tidak baik. 

Otak manusia sekarang semuanya fikirkan tentang duit. Anything yang boleh berikan mereka duit, mereka akan buat. Curi paip, curi gambar orang, curi duit, curi hati, semuanya mereka sanggup buat. Tu yang belum termasuk yang sanggup menggunakan diri sendiri untuk mendapatkan duit. Taksub dengan keduniaan menjadikan manusia hilang moral kemanusiaan.


"Ok, I paham. Then I ambik gambar you separuh saja la. Aci?" Suzie masih memujuk aku.

"OK!"

"Mana telefon you yang lama?" Sibuk pulak minah ni bertanya. Macam reporter pun ada. 

"I dah bagi kat Julie. Buat apa nak buang benda yang masih boleh dipakai. Lebih baik kita bagi pada orang yang kita sayang"

Dia hanya senyum mendengar penjelasan aku. "Sayang juga you kat Julie erk?"

Aku hanya senyum kembali. Soalan yang tak perlu aku jawab dengan lisan.



12 comments:

hanaahmad said...

sah memang nampak kegelapan kulit kau di situ. keh3

nazirah said...

betul2 tu pak lan oi..
niat org kte tak taw kan
mulut kata lain hati kata lain ;)

iAmCekbolat said...

kawan sentap tu..hoho

Anonymous said...

gambar pak lan ke tu? hoho..

NuReLLe said...

My blog is also a photo album for me..noktah..gugugu

Anonymous said...

hamboi2 dpt free??? best a

Hidaya Sarbini said...

gud entry..have a point there...!

Almade_Nespesor said...

untunglah da ada tepek gambo =D

Munn Jaafar said...

alah ko ni menakutkan aku je.aku baru je letak gmbr kt blog.buang balik lah..haha!

Fiey said...

manusia susah nak ramal..huhu

Namee Roslan said...

bahaya letak gambar sebenarnya paklan. kau sembunyi lah diri kau. tunjuk tangan sudah lah. tunjuk yg mana rse tak bahaya.

Akulah Pak Lan said...

namee : tunjuk 6 pack tak bahaya..haha