Ada Apa Dengan Jepun : Part 13





Aku tiba-tiba ternampak satu cahaya dihujung terowong yang sebentar tadi aku tidak pasti di mana penghujungnya. Badan aku sudah menggigil akibat kesejukan yang amat. Badan pula terasa diapit oleh makhluk yang tidak berbulu, licin dan lembut. Aku masih tidak pasti makhluk apakah kerana masih samar dalam kegelapan.

Semua itu aku tidak hiraukan lagi, semuanya aku buat tak endah. Aku dah jumpa jalan keluar, aku harus terus berlari untuk keluar dari kegelapan ini. Aku harus larikan diri dari makhluk yang tidak berbulu ini. Mungkin ini sebab banyak superhero seperti Gaban wujud dimuka bumi Jepun ini. Kini aku betul-betul paham akan peranan mereka.

Makhluk tadi masih lagi merangkul kemas leher aku dari belakang. Seperti tak mahu di lepasnya. Bisik suara dia sungguh menggoda, seperti mahu aku terus berada dalam terowong itu bersamanya. Namun aku sedar yang aku sedang digoda, aku tak mahu memandang wajahnya takut nanti terpersona dengan kecantikan khayalan yang bukan nyata.

Cahaya semakin terang, bila aku semakin sampai ke penghujung teroworong. Silauan cahaya matahari menyakitkan mata aku. Mata aku buka perlahan-lahan sambil anak mata menyesuailkan diri dengan keadaan cahaya yang masuk ke dalam mata. Sambil aku tangan makhluk yang merangkul leher aku tadi, aku cuba leraikannya dengan perlahan walaupun dia tak mahu mengalah. Semangat kental aku masih tidak mahu mengalah. Aku cuba dan terus mencuba dan akhirnya kalah jua makhluk tadi sambil terdengar rengekkan suara tidak puas hati keluar dari mulutnya.


Aku merangkak keluar dari terowong tadi dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Tapi orang kata kalau dah ditakdirkan untuk jatuh tu, kita tetap jatuh. Kaki aku tersadung pada batu dan aku terjatuh keluar dari terowong tadi. Aku bangun perlahan-lahan sambil menahan sakit.


"Lari lagi dari I, kan dah jatuh katil. Padan muka!" perli suara yang seakan aku kenal. "Bangun! Bangun! dah pagi. Nanti kita lambat ke office." sambung dia lagi.


Aku bermimpi ngeri rupanya. Itu la orang tua-tua selalu pesan, basuh kaki sebelum masuk tidur. Mata aku gosok lembut dan perlahan, masih dalam keadaan mamai. 

"Yala..yala". Aku bangun dan berjalan menuju ke bilik air dalam keadaan mamai sambil menahan kesejukan pagi. Kedengaran bunyi aircond yang kuat dari siling. Mungkin ini yang menyebabkan aku mengigil dalam mimpi aku tadi. Jangan tanya aku makhluk yang tidak berbulu, licin dan lembut yang merangkul tubuh aku dalam mimpi aku. Aku malas nak menjawabnya.


Hot shower cukup kena pada pagi yang dingin. Dapat memanaskan tubuh aku yang sedang mengigil.


Kedengaran pintu bilik air dibuka dan bunyi tapak kaki melangkah masuk. Seterusnya kedegaran bunyi air mengalir dalam sinki.


"I gosok gigi kejap. I janji tak skodeng you mandi"  

Perempuan, mereka memang banyak alasan. Aku tak tahu bagaimana harus aku percaya kerana saat itu aku sedang mandi dalam shower room yang berdindingkan kaca yang transparent.




5 comments:

azman said...

siapakah wanita itu Pak Lan..makhluk bebulu agaknya hehehe..

Munn Jaafar said...

sabaq je la paklan oiii..hahaha

Munirah said...

adventures betul.haha btw.lama gila tak dtg blog ni :)

Unknown said...

Again wif hotchick paklan , wat i cemburu je lah

masterkucha said...

macho gler...tp hati2