Peluh Jantan Tanda Kepuasan Lelaki Sejati



Peluh menitik dari dahi turun ke dada. Sangkut sebentar di situ kerana bentuknya baru kemudian ianya mengalir ke bawah perlahan-lahan. Aku menoleh ke kiri pada tubuh yang berada di sebelah aku, kelihatan dia pun turut berpeluh sama. Aku senyum pada dia, lalu dia membalas. Terukir kepuasan pada wajah kami berdua. Aku sudah penat, kelihatan dia pun penat sama. Jadi aku decide untuk berhenti dan berehat sebentar lalu berjalan perlahan-lahan menuju ke meja yang ada si situ. 

Botol air mineral yang berada di situ aku buka, lalu aku teguk perlahan-lahan untuk menghilangkan dahaga dan penat. Bunyi tegukkan air aku agak jelas,  anak tekak aku pun kelihatan bergerak. Tubuh yang berada di sebelah aku sebentar tadi datang merapati meja yang aku sedang duduk. Dia melabuhkan punggung dia di atas kerusi di sebelah aku. Senyuman tidak lekang dari wajah dia yang polos tanpa make-up.

"Here you go" sambil aku menghulurkan dia botol mineral lain yang berada di situ. Cuba untuk berlagak gentlemen.

"Why need to waste? This one will do." sambil tangan dia menyambar botol air yang tengah aku pegang lalu diteguknya seperti yang aku buat tadi.

Gadis mesra dan tak suka membazir memang rare nak jumpa. Tambah-tambah dekat Doha ni. Peluh masih lagi mengalir dair badan kami berdua, penat pun masih belum hilang. Kami belum sempat lagi berkenalan tapi sudah berbual mesra.

"I think we have we missed out the most important part of a relationship" tegur aku.

"What is that?" dia seperti keliru.

"Introduction. Hi! I am Azlan" aku senyum pada dia. Tangan aku yang masih dibasahi peluh aku hulur.

Peluh kami berdua bersatu. "I am Natasya"



Rancak kami bersembang sampai tak sedar masa berlalu. Sedar tak sedar peluh pun sudah kering. Tak ramai orang yang datang ke gym time-time pagi  buta macam ni. Mungkin kepenatan atau masih lena di ulit mimpi tambahan pula tilam dan bantal hotel yang selesa.

"So what are you doing over here?" tanya Natasya gadis Italy yang datang untuk kursus.

"Let me tell you a secret about who am I." dia senyap menanti perkataan seterusnya dari aku. Muka aku dalam keadaan serius "I am an alien. Take me to your leader or I will take you for a date".

"Hahaha.." Dia tergelak. "Come on, be serious" sambung dia.

"I am serious taking you out for a date" aku pandang tepat pada wajah dia.

"Ok! This evening at 6 sharp. Wait me at lobby" dengan nada tegas.

"Yes madam! Your order is my command" balas aku dengan tabik hormat.

Dia hanya mampu tergelak dan senyum dengan perbuatan aku. Kami berpisah di situ. Aku balik ke bilik hotel mandi untuk menyegarkan diri.


6 comments:

Din7077 said...

wow! italy mari..tapi spoil nye apasal madam plak?? she's a miss lol

Din7077 said...

spoil la hang! she's not a madam weii...you missed the miss! haha..anyway nice 1, italy mari

Anonymous said...

pak lan mmg pandai main ayat hahaha

Munn Jaafar said...

selera dh lainnnnnn nmpak? haha

Unknown said...

God i think i miss a lot of story from u!! Hurmm pak lan ng mak cik mmg xley dipisahkan lg

Anonymous said...

Great story. . Wow.. Ure not just intelligent, hv a great body n u can b a novellis too.. Ure lucky because u hv a nice story in your life to b remember n to b told to your generation soon.