Hari yang panjang

Semalam aku tak sempat nak update blog sebab aku drive balik dari Sungai Petani(SP) ke Kuala Lumpur(KL). Kalau aku sempat update jugak, tobat bapak polis ada bukti nak saman aku kat mahkamah sebab guna laptop semasa memandu. Eh chup!!! tak dak masalah kot. Setahu aku, telefon bimbit sahaja yang dilarang digunakan ketika driving. Demm!! kalau aku sedaq tadi, tobat aku dah update blog. Ok, esok-esok kalau aku driving lagi aku akan cuba update blog time drive. Kita tengok apa jadi.

Aku menjadi pemandu yang sangat berhemah semalam, mana tidaknya dah 5 orang sound aku suruh bawak slow-slow. Terasa macam ajal dah dekat pulak. Seram jugak aku. So aku cuba maintain 110km/j walaupun kadang-kadang terlajak sedikit sampai 160km/j. Sorry mak, cek tak sengaja. Ada orang saja layuq cek kat highway, cek tak tahan. Cek dan la layan dia sat sampai lalu depan polis traffic. Time tuh cek dah slow down, tapi dia makin laju. Cek tau tak apa jadi kat dia lepaih tu.

Bertolak pukui 9.30 pagi, aku menuju ke rumah nenek aku untuk hantaq besen besi dengan ambik "garam belacan" habuan cicah dengan pelam apple yang aku bawak dari rumah. Ramai gadis yang pesan benda ni, aku terpaksa bawak. Aku cukup tak paham pasai pa depa suka sangat benda yang masam-masam macam ni. Cari la benda lain yang maneh contoh dia MADU. Laki pulak suka dengan MADU. Yang tuh aku paham sebab maneh. Aku pun suka.

Aku berenti berehat dekat R&R Tapah. Selalu kalau berenti kat sini mesti aku pekena nasi lemak dia. Sedap kot. Kalau hangpa tak percaya try la. Tapi disebabkan aku dah kenyang aku just duduk lepak minum sambil online dan blogwalking. Satu lagi tarikan kat R&R Tapah ni adalah dia punya lemang, ketupat dan jugak rendang tok dia. Sangat mabeles. Orang yang jaga kedai dia pun maneh. Aku hampir tak pasti sebab apa aku beli lemang dan ketupat tadi. Sama ada sebab rasa dia atau pun sebab orang yang jaga kedai tuh. Serius lawa beb awek tuh. Tadi aku tak dan nak mengorat sebab orang penuh dok membeli, lagipun aku dok sambil-sambil usha jari dia kot-kot dah ada cincin. Aku tak nak pisang berbuah 2 kali.

Aku tak nak nampak cincin kat jari maneh dia. Maybe lain kali aku akan singgah lagi untuk beli ketupat dan lemang dia. Mana tau jodoh aku dengan gadis R&R plak kali. Buleh aku makan lemang ngan ketupat free time singgah kat sini nanti. Bijak tak aku? Walau pun muka dia tak dak iras-iras Lisa Surihani, tapi aku yakin mak aku akan setuju kalau aku pujuk pelan-pelan.

Aku sampai KL dalam pukui 3.30 petang. Sebelum sampai rumah aku teruih p hantaq buah pelam dekat member aku ni. 

Nellisa Hasan
Amacam, ada rupa macam artis 3gp tak?


Kalau guys berkenan, sorry la. She already taken. Nasib hangpa tak baik. Takpa teruskan membaca ada benda baik untuk hangpa dalam entri ni.


Balik dari hantaq mempelam kat minah elis ni, aku sempat bergaduh dengan geng-geng lepaking aku dalam FB. Aku tak puas hati dengan depa, tengok movie Pirate of Caribean tak ajak aku. 


Click untuk besarkan


Demm!! aku terpaksa tengok sensorang. Kepada gadis diluaq sana yang nak ajak aku teman dia tengok wayang, sila email aku dengan syarat hangpa belanja aku. Aci?


Malam tuh aku gerak plak keluaq lepak dengan 2 orang gadis lagi, Cik Niz dan Cik Aisyah. Lepak dengan 2 orang gadis ni aku tak kering gusi. Sampai aku kena berlagak jadi bapak untuk suruh depa berenti main time makan. Kedua dua depa ni masih berstatus cik, kalau agak guys yang berkenan buleh la try. Aku bukan apa, aku lebih suka gadis yang matang dan lentik. Ops!! bukan aku, tapi mak aku. Serius aku tak memilih, percaya la.


Oklah aku nak tidoq, esok aku rasa aku nak sambung cuti lagi. Aku masih baloq liat nak masuk reja.


Nite gadis-gadis sekalian. 


Muah!!!!


6 comments:

Erin Azizan said...

nunytezz NAM

FizaFizz said...

cuba hang driving sambil update blog sat..ceq nk tgk..haha

Akulah Pak Lan said...

FizaFizz:
Hamboi...cabaq nampak

FizaFizz said...

ahaha..x cabaq pn , juz nak tgk apa akn terjadi selps itu..tup2 kena update blog dlm lokap...haha..logik ka?? bhahaha. :P

Akulah Pak Lan said...

Oho..jgn mintak cik Fiza oi..kesian kat mak saya nanti..

vampire's lovex said...

wajib ke pakai cncin kalau dah tunang? huehuehue...

lapar aku baca pasal lemang kau tuu..argh