Hidup sebagai abang kepada 7 6 orang adik memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Kalau tak percaya cuba ambik alih beban aku sebagai seorang abang. Keadaan keluarga serba kekurangan dengan adik beradik yang ramai menyebabkan kami sekeluarga sering kali tidak dapat melakukan aktitivi seperti dilakukan seperti keluarga kaya yang lain.
Pernah sekali kawan-kawan aku ada ajak aku untuk pergi bercamping, tapi mak dengan abah aku tak ada duit untuk diberikan, tambahan aku pulak disuruh untuk duduk dirumah untuk menjaga adik-adik aku yang lain. Mak dengan abah aku pergi bekerja.
Waktu itu, aku hanya mampu mendengar kawan-kawan aku bercerita tentang pengalaman depa sewaktu bercamping. Ada yang terminum "minyak agaih" (minyak tanah) yang disangkakan ayaq, ada yang terpaksa merokok disebabkan kedinginan pagi yang melampau-lampau. Sampai sekarang, aku tak pasti apa depa nak buat dengan pegalaman tersebut. Imaginasi aku yang tinggi mengatakan, mungkin pengalaman itu sangat berguna bila kedua-duanya digabungkan sekali. Minum minyak agaih dan kemudian terus cucuh api rokok. Agak-agak apa yang terjadi?
Ok sudah, tinggalkan cerita pasai kawan-kawan aku. Depa subjek yang kurang penting dalam entri aku kali ni.
Berbalik kepada mak aku tadi, dia memang suka suruh aku buat macam -macam kerja. Aku pulak kekadang rajin kekadang malas nak tolong dia. Maklumlah time tuh aku masih lagi budak-budak dan masih lagi tak kenal majalah Manga dan jugak Maria Ozawa. Aku rasa time tu Maria Ozawa pun masih kanak-kanak polos macam aku.
"Abang Lan, tolong p kedai beli bawang sat"
"Abang Lan, tolong tengokkan adik sat. Pasai dia dok riyau tuh"
"Abang Lan, angkat baju kat penyidai sat"
Nak dijadikan cerita, time aku balik minggu lepas kat kampung. Dia ada ajak keluaq p beli barang-barang dapuq. Biasa la orang perempuan kalau nak bersiap makan masa. Dalam dok tengah tunggu dia bersiap, sekali dia suruh aku cari subjek yang pelik yang aku tak pernah belajaq kat sekolah, matrik, dan universiti.
"Abang Lan, tolong ambik ubat ketiak sat kat mak. Mak tertinggai dalam bilik hang" laung mak aku.
Dari segi pemahaman aku setelah belajaq dekat sekolah,matrik dan universiti. Ubat itu adalah sesuatu yang menyembuhkan atau mengurangkan kesakitan. Aku cuba mencari sesuatu seperti berbentuk krim sapuan, namun tak jumpa. Otak genius aku ni menyatakan yang aku tidak dapat mencari ubat ni dengan menggunakan Teoram Pythagoras dan jugak penalukkan mantik. Aku cuba menggunakan ilmu biologi dan kimia sewaktu aku belajaq dulu ni dan sempat jugak aku merujuk kat Jadual Berkala yang masih tertempek kat pintu bilik aku tuh. Ternyata tidak membuahkan hasil.
"Ubat ketiak? Benda apa tuh mak?" Tanya aku balik.
"Ni ha..apa ni orang hantaq belajaq tinggi-tinggi yang ni pun tak tak tau" herdik mak aku.
Tak payah la aku cerita macam mana kisah dia suruh aku ambik ubat nyamuk. Aku tak suka sangat cerita benda yang menunjukkan aku ni kurang hebat.
"Ubat ketiak? Benda apa tuh mak?" Tanya aku balik.
"Ni ha..apa ni orang hantaq belajaq tinggi-tinggi yang ni pun tak tak tau" herdik mak aku.
Tak payah la aku cerita macam mana kisah dia suruh aku ambik ubat nyamuk. Aku tak suka sangat cerita benda yang menunjukkan aku ni kurang hebat.
15 comments:
hahahhahhahahahhaa. comelnya mak dia :D
EYFAalias:
hehe
hahahhaha. super lawak okeh.
hanaahmad:
Ini kisah betol
hihiii..ubat ketiakkk ekkk..hihihii.. nice lah
hahaha...bengong ang.. Mgkn ang x prnh pakai kot
Muslimah Optimis:
:)
Miss/Mr Anon:
Aku belajaq dulu deadoran ja..tak belajaq ubat ketiak ni
ubat ketiak..wahh..nama baru ni..huhu
Nour Akmal:
Tanya mak i..dia yang cipta
ubat rambut.
follow
www.areapanas.com
hahahaha, masalah besar ni weh. aku agak, kau tak pernah ade ubat ketiak. betul?
hehe.
BlogIND:
Ko baca ka tak ni? tetiba ubat rambut? Demm!!
cik azeya:
aku pakai deadoran ja
oiii ko share ke deodoran dengan mak kau...sweet sgt aihhh haha
vampire's lovex:
Dulu masa sekolah iya la..sweet kan?
kahkahkahkah..ni la dia ubat ketiak
Post a Comment