Siapakah yang dikatakan orang kafir?
Cuba bayangkan kamu lahir dalam keluarga yang tidak mengamalkan sebarang kepercayaan dan tinggal jauh ke dalam hutan dan tidak mempunyai hubungan dengan orang luar. Adakah kamu layak dikatakan kafir?
Cuba bayangkan kamu seorang seorang anak Kristian yang dibesarkan dengan kepercayaan Kristian dan mengamalkan sepenuhnya ajaran hidup secara Kristian. Adakah kamu layak dikatakan kafir?
Cuba bayangkan pula kamu dilahirkan dalam keluarga Budha yang dibesarkan dengan kepercayaan Budha dan mengamalkan cara hidup Budha. Adakah kamu yang layak dikatakan kafir?
"Dan tatkala datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al-Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al-Quran), mereka mengingkarinya maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu." - Tafsiran Ar-Rahman
"And when there comes to them a Book from Allah, confirming what is with them, - although from of old they had prayed for victory against those without Faith,- when there comes to them that which they (should) have recognized, they refuse to believe in it but the curse of Allah is on those without Faith." - Tafsiran Abdullah Yusuf Ali
Al - Baqarah ayat 89
Persoalannya, siapakah kita untuk menilai bahawa seorang itu kafir atau pun tidak?
Layakkah kita?
Jadi siapa yang kafir sebenarnya?
Bukan hak kita untuk menilai atau menghakimi sesiapa pun. Hak kita cuma ke atas diri kita sendiri.
Jika kamu seorang yang beragama Islam, tak kisah la mana asal keturunan mu.
Sudah selesaikah syahadah kamu?
Sudah sempurnakah solat kamu?
Sudah cukupkah puasa kamu?
Sudah berzakatkah kamu?
Sudah menunaikan hajikah kamu?
p/s:
Coretan ini hanya ditulis oleh seorang yang singkat ilmu agamanya. Kalau ada salah dan silap, harap diperbetulkan.
8 comments:
nice entri!! muslim yg x mngamalkan cara hidup islam yg smpurna blum tntu seorang muslim :)
jemput singgah ANASAURUS :)
salam singgah.. MO pun bukanlah arif dalam ilmu agama sekadar insan biasa yang belajar ilmu fardu ain.. ermmm..apa yang MO faham kafir tu merujuk kepada non muslim selepas dia didakwah tapi stil xnak terima islam..walahhualam..sebab ada ustaz pernah ceramah pasal ni
entri yg menarik. :)
as salam..
yeah. nilai diri dan keimanan kita kepada-Nya, hanya Dia yang Maha Mengetahui
=)
thanks ingat mengingati =)
bila org suka menghukum dan melabel,maka khawarij junior mula lahir...
bila seseorang tu pandai mnghukum,rasa diri seolah2 dia hebat sangat.umpama tuhan. astagfirullah. kenapa la ada manusia yg macam ni..
sgt bgs oreo!
perbaiki diri sendiri dari masa ke smasa ;)
bukan utk melihat kejahatan org dan menyebarkannya dgn rasa megah di dada..
mama comel:
♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥:
Harap2 kita sama2 sedaq..asas kita sama..islam..
Post a Comment