Ada Apa Dengan Jepun : Part 11



Hujan semakin lebat, tapi tak selebat di Malaysia. Namun ini sudah cukup membuatkan kaki Jen jadi semakin rapat. Cuaca di Jepun berbeza dengan cuaca di Malaysia. Bila bernafas saja, sudah nampak kepulan asap yang keluar dari mulut. Dia cuba jalan serapat mungkin dengan aku. Hati aku memberontak, aku larikan diri sedikit dari dia. Namun semuanya sia-sia. Usaha aku tak berhasil. 

Dia cuba bermain-main dengan menghembus udara ke telinga aku. Aku elak dan cuba untuk tidak mempedulikan dia. Namun aku lelaki. Lelaki sejati dan sejuk merupakan satu sumpahan abadi. Pantang. Tapi aku punya akal yang 9 yang masih mampu untuk mengawal.

"You ni...Dah la sejuk ni. Tak takut?" aku cuba untuk mengertak dia yang masih tak putus-putus membuat perkara yang sama.

Dia hanya ketawa dan masih meneruskan menghembus. "Jadi apa? You berani ka?" dia menjelir lidah pada aku.

Kami terus berjalan meredah hujan dan kesejukan. Nasib baik tak jauh dari hotel, jadi aku tak perlu lama-lama nak duduk dekat dengan Jen. Aku lega, dapat lari dari masalah.


Stesen Shinagawa masih sesak dengan orang, semuanya sama ada tengah menunggu kawan, pasangan masing-masing ataupun menunggu masa untuk pulang. Kami cuba berjalan dengan laju kerana terpengaruh dengan suasana di sekeliling kami. Semua benda yang ada kat Jepun memang laju. Keretapi, kereta dan orang. Mereka memang suka buat benda dengan laju. Berjalan, bekerja serta makan. Entah benda apa lagi yang mereka buat dengan laju.

Jen kelihatan dah semput, dia berhenti sebentar sebab pada masa yang sama kelihatan dia membuka heels dia. Macam ni la perempuan, suka nak berlawa sampai sanggup bersakit. Lelaki memang kami suka perempuan lawa, suka pandang ja la. Nak buat bini kena fikir 10 kali. Maintainance tinggi. Kecuali Julie.

"Sakit teruk ka?" tegur aku sambil duduk memandang paha dia lebih dari kaki dia yang sakit.

"Sikit saja. Boleh jalan lagi kot. Kenapa? You nak dukung I ka? Ihiks!" dia semakin mengada. 

Mata aku masih di paha dia, kekadang baru aku alihkan ke kaki dia yang sakit. Cuba untuk mengurut. Namun aku rasa tak perlu. "Erm kejap lagi you beli la sport shoes. Better for long distance walk" cadang aku.

Dia hanya mengangguk paham.

9 comments:

Munn Jaafar said...

its happen to me oso la paklan..sudahnya p kedai beli kasut nenek nak pergi haji..selesa~

Wadi AR said...

mata kau cik lan. mata, mata, mataaa

hani said...

pegi balik keja naik komuter pakai selipar jepun. dah sampai tempat keje baru melaram kasut tinggi.hoho..

Akulah Pak Lan said...

Munna: see.

Akulah Pak Lan said...

Wadi: kenapa dgn mata aku?

Akulah Pak Lan said...

Hani: kalu weekend?

Unknown said...

Ah. Betis itu jgn dipandang lama2

Akulah Pak Lan said...

Ezan: rezeki

Namee Roslan said...

kau duk jepun bpe lama wey ?