Keting ~
Berdesup ia pergi macam pelesit, jauh dari pandangan mata kasar manusia. Mulanya agak sukar, namun setelah aku cuba untuk mencari kedudukan ia yang sebenar, aku berjaya. Ini saja perkara yang berjaya aku lakukan dalam hidup aku. Selain itu, aku memang seorang yang loser.
Hidup sebagai seorang loser dalam kisah cinta memang tough. Kau kena bersedia untuk kecewa, bersedia untuk terluka dan bersedia untuk bersendirian. Julie hilangkan diri lagi sekali. Mungkin dia dah buang aku dari hidup dia. Mungkin. Apa yang aku mampu lakukan cuma untuk bersendirian dihujung minggu.
"Mu buat apa hujung minggu ni?" Broframestone seakan tahu yang aku sedang keseorangan. Soalan dia tepat pada masanya.
"Ada apa bro?"
"Jom ikut aku g main golf?"
"Dengan sapa ja?"
"Ben"
"Ben Ashaari?"
"Bukanla, Ben Octove." Baru aku ingat yang Ben Octove ada mengajak kami berdua pergi bermain golf minggu lepas. Apa salahnya, aku pun tengah bosan.
"Ok jugak, aku pun bosan ni. Kang nanti kau datang sini, kita pergi naik kereta aku ja nanti."
Itu scene yang berlaku semasa aku sedang berbaring dan memakai berboxer baldu biru sambil membiarkan ianya ditiup oleh angin sepoi-sepoi bahasa yang datang terus dari beranda sambil menonton Dragonball. Asyik, kadangkala membuatkan sesetengah orang khayal dengan belaian angin. Siapa kata lelaki dewasa macam aku tak tengok kartun. Ini dah kira ok berbanding dengan lelaki lain yang lebih prefer hentai dari anime.
Bersambung balik ke babak di mana kami sedang memukul bola golf di Kelab Darul Ehsan, Ampang Selangor.
Walaupun permainan golf tak sepopular bola sepak, namun bagi aku yang berketurunan kidal tapi terpaksa bermain seperti orang kanan bermain, memang mencabar. Ben, aku lihat asyik mengajar Bro cara-cara untuk bermain golf dengan betul. Sementara aku duduk tersandar pada dinding kerana tangan yang kesakitan. Itulah yang kita akan rasa kalau kita terlalu memaksa diri dalam segenap perkara.
Aku gapai Iphone 4 aku, aku unlock namun hampa. Tak guna ada handphone yang canggih kalau tak ada orang nak sms atau pun call kita. Rasa macam nak campak ja masuk ke dalam tasik di depan aku ni, tapi bila fikir-fikir balik buat apa nak jadi orang bodoh. Kalau rasa nak bodoh sangat baik aku sendiri yang terjun.
"What are you doing?" DM yang aku terima dari seorang blogger yang aku kenal tapi belum pernah berjumpa. Sedikit mengubah suasana yang muram tadi. Aku tenggelam dalam dunia twitter.
"Nothing. Just playing golf with friends. U?"
"At some event. About our plan, are you free next week? I wan go here - After ate http://eatdrinkkl.blogspot.com/2012/01/living-food-after-ate.html"
"Yeah, the dessert look yummy. Just set your date, I will just be around here except this coming thurs."
"im only free tis week on thus. LOL.. we try atr week"
"Haha so unlucky me. Yeah sure. Weekend also can. No plan yet. During CNY i will hang up here. No rush"
"oh yes! alone on CNY"
Jawapan dari dia yang membuatkan aku rasa something yang tak kena. Bukan niat aku nak menyibuk, tapi aku betul-betul nak tahu.
"There still plenty time. Mind if I asking some question?"
"can"
"Where u origin from and where is your parent?"
"Pg. Dont talk to my dad anymore. mum left when i was 7. nvr heard from her since"
Mengeluh aku sebentar mendengar jawapan dari dia. Kalau sebentar tadi aku bersedih kerana hidup aku seorang yang loser, tapi bila mengenangkan hidup dia tanpa keluarga membuatkan aku tiba-tiba tersentak. Ada lagi insan yang hidupnya lebih sengsara dari kita. Kenapa aku perlu kecewa dengan kehidupan sedang ianya adalah sebuah harapan.
"Sorry to hear that and sorry for my silly ques. U must be tough then =) kind that can survive thru anything."
"oh yes. i can survive thru anything and almost everything til now"
"Yeah! Who said that we cant live without any support. There still a lot more thing to do in life =)"
"Hahaha yes indeed"
"Hoi! buat apa tuh Pak Lan? orang datang main golf dia dok main Handphone plak." tiba-tiba suara broframestone menyampuk. Aku hanya senyum sengih pada dia dan jugak Ben yang sedang mencekak pinggang masing-masing melihat gelagat aku.
"Yala, last-last" sahut aku sambil curi-curi membalas DM "Continue play golf. See u later".
Tiba-tiba entah dari mana lalu seorang awek korea yang berpakaian sport skirt yang pendak yang menampakkan paha dia yang putih gebu. Suasana menjadi sepi seketika. Masing-masing mengalih pandangan pada dia. Dia parking betul-betul di depan tempat aku sedang duduk sambil meletakkan beg dia.
"Lentik juga amoi korea ni kan?" bisik Ben pada aku dan bro.
Kami mengangguk kepala sama laju.
"Kau nak pergi mana tuh?" tegur Bro apabila melihat aku terus bangun dari kerusi dan terus mencapai batang golf.
"Main golf. Hehe" aku senyum gatal.
Mata aku sangat sibuk. Sekejap pada bola golf, sekejap pada punggung yang montok yang ada pada depan aku. Bersilih ganti. Akhirnya aku nekad membuat pukulan.
Keting~
"Adoi!!!!!"
Bola golf aku pukul tadi tah macam mana boleh pergi kebelakang dan terkena pada kaki bro.
*Moral of the story. Fokus semasa main golf. THE END*
Published with Blogger-droid v2.0.3
37 comments:
tu la pasal..jaga mata tuh....lawa bakul hijau tu..cam bakul mama gi market jerk..huhu
kahkahkah.. ingtkan kena kaki awek tdi kluar suara jantan.. cehh =="
paklan! betui ke citer ni?ahaha
tunz: memang bakul untuk bola golf
CekbOlat-bOlat: yup betul
Selamat bola, kalau kayu golf g dekat aku cam mane ek...??
masa kecil, dahi aku pernah benjol akibat bola golf yang abang aku main. sakit!
Hey Pak Lan its and interesting story and aku ketawa tak berhenti henti ni.... Bagi aku Pak Lan, Tak der aweks takper lagi jangan sampai takder set golf aku... boleh jadi giler aku...
Look Pak Lan, don't be down and be sad bro.. in life there up and down. Seperti yang kita semua tahu... Jodoh itu di tangan tuhan, kita cuma merancang.. tapi jika rancangan kita kalau tidak menjadi, jangan bersedih... because everything happen for a reason. We all know that clearly. So chill out expose yourself.. good friends are here like Bro Framestone and myself.. kalau geram kita pegi driving range and lepaskan geram kat situ... janganlah sampai terjun dalam air.. Look at DM. Dia terima apa yang terjadi pada diri/hidupnya tetapi she still look forward and continue her life better.. so Peace Pak Lan,
Bro framestone, selamat kena kaki.
Kalo atas sikit mcm mana?
Tak kesahlah bola pun. Haha
hahahah! funny!
Nak main golf jugak la... XD
Ajar buleh...?
kalau kayu golf kena bro makin kayu lah anda dengan bro hehe
See bola golf pun bahaya
Haha nanti kita p main bowling plak
Thanks bro
Amboi!! Atas skey kena apa ha?
Suruh ben ajar. Aku tak reti
Kalau kena kayu golf, yabg tuh kita buat cerita lain. Haha
Mungkin juga dia kayukan aku
Atas sket kena kepala la.
Boleh benjol dahi tu!
Haish! :P
Nasib baik sebut dahi. Ingatkan kepala mana la tadi
moral of the story itu sangat cute. haha..
hey guys nice comments.. nice comments.. hey guys whats doing for the weekends...going for golf??
actually lifestyle ang menarik apa? siap boleh buat entry based on ur true story with BF & ben...xde la loser mn pun =P
kisah idup amoi tu mmg agak sedih..n aku rasa stiap org pun ada cite masing2 yg sehitam2nya.mcm aku.tp sape sangka kan? tahun 2011 bru aku nmpk warna2 dlm hidup.kalau x sebelum ni aku rasa aku la org paling loser dlm dunia.
ops,tersedih plak komen aku =P
paklan ni mmg mata tu gatai noo
Muna: mungkin warna hidup aku akan muncul tahun depan
Ezan: haha biasa la mata laki
pak lan jangan campak telefon tu..pas je kat den ni ha..hehehe
P/s lama rasanya tak singgah blog paklan. tersenyum baca entri paklan ni..sib baik kaki bro je yang kena..kalau kena kepala..pengsan bro kat situ...hehehehe
kau nak sedih apa nya lan ? rilex ah. peace yaw. muda lagi. cewah.
mata cik lan memang
Hehe dah lama tak nampak puteri kat sini. Jgn pengsan, nanti susah nak usung balik
Yala yala aku tak jadi sedih. Muda lagi ka aku ni?
Wadi standard. Hehe
jum lawan golf..hehe
Aku tak reti main la uzair
haha. bro, aku nak ikut main golf nek kete swift hang.. haha.. x jual lagi kan?? free2, jmput singgah blog, jmput bc entri BURUNG BIRU SI PEMALU :)
Haha aku pun orang invite
Syukuri apa yang ada,
Hidup adalah anugrah,
Tetap jalani idup ini,
Melakukan yang ter baik.
[D'masiv, jangan menyerah]
Tapi btol a bro, saye pun terase gak, hp cecanggih, tp xde awek nak msj, mmg rasa nak cmpk je dlm parit... Haha, sabar bro, lu blogger kacak yg hot, dun wori
Post a Comment