Petronas Chinese New Year 2012




Baru-baru ini pihak Petronas ada melancarkan satu Kempen bersempena dengan Chinese New Year. Television Commercial (TVC) untuk tahun ini bertajuk "Coming Home" yang dirakamkan di 6 buah negara iaitu di Malaysia, England, China, India, Belgium dan Thailand.




Jalan cerita yang menggambarkan 6 individu yang berbeza, tidak kira di mana dan apa pekerjaan mereka. Mereka tetap tidak lupakan asal usul mereka. Salah satu watak yang dipaparkan dalam video ini adalah seorang doktor yang berkhidmat di kawasan pendalaman di India. Namun, dia masih mampu menyambut Chinese New Year bersama-sama dengan keluarga dia menerusi video chat mengunakan Skype. Dikisahkan juga seorang budak lelaki yang hanya mampu untuk menyambut dengan hanya makan malam yang sangat sederhana. 

Mesej yang hendak disampaikan dalam video ini amat mudah. Tidak kira betapa sibuknya kita dengan hal pekerjaan dan yang lain. Tapi apabila tiba masa untuk keluarga, kita kena ketepikan semua hal-hal yang lain untuk bersama dengan keluarga kita. 

Apa pendapat korang tentang video ni?

-----

TVC ini telah dilancarkan beberapa hari yang lalu yang bertempat di Galeri Petronas, KLCC oleh Dato Mohammad Medan Abdullah (PETRONAS’ Senior General Manager of Group Corporate Affairs Division).



Selain daripada video promo, Petronas juga ada menganjurkan sebuah pertandingan photography yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Syarat penyertaan yang sangat mudah dan memungkin anda untuk memenangi "Angpow" besar dari pihak Petronas sendiri.


Bagi yang berminat, apa yang korang perlu lakukan hanyalah submit gambar korang yang menggambarkan tentang "Reimagining Energy" kepada meraka. Pastikan gambar tersebut adalah gambar original yang anda ambik menggunakan kamera anda sendiri dan tidak didownload dari mana-mana sumber yang lain. Untuk maklumat lanjut sila refer Facebook  mereka.

Kalau ada yang dah menang nanti, jangan lupa belanja aku ok? kah kah kah



5 comments:

Wadi AR said...

macam nak join ja

tieha ismail said...

rasanya 'coming home' tu sama pulak dengan tajuk filem dari singapore yg tieha tgk last year...hihi

Munn Jaafar said...

amik gmbq pkai hp nokia ja boleh?

=D

tunz said...

x de camera lh..hp jerk

Namee Roslan said...

takmau join.:P