Saat kami hampir tiba di stesen keretapi Shinagawa, hari dah pun cerah. Matahari dah naik, cuma belum terpacak. Rasa sejuk masih lagi menyelebungi segenap tubuh kami. Jen menggigil, begitu juga aku. Taktik kami sebelum ini untuk memastikan kehangatan tubuh kami sudah gagal, tidak berguna. Mulut mengertap, lutut menari tapak tangan digesel satu sama lain kerana mencari kehangatan.
"Are you ok Jen?" soal aku yang berada tepat disebelah dia. Yang ada di antara kami hanyalah zarah-zarah kecil yang tak dapat dilihat dek mata kasar. Dia aku tengok sudah kepucatan.
"Not really..." sambil mukanya menumpang bahu aku. Nak aku tidakkan? tak kesampaian pula melihat ketidakupayaan dia diwaktu tersebut. Aku relakan dan aku redhakan.
Kami menapak perlahan-lahan keluar dari keretapi tersebut. Dalam kesejukan, dan kebuntuan dek kerana signboard yang ada di Stesen Shinagawa tersebut hampir semuanya dalam tulisan kanji yang aku dan Jen tidak fahami. Sesat di tempat asing memang sesuatu yang sukar untuk semua orang.
"Excuse me miss. Do you how I can go to Prince Shinagawa Hotel?" Aku cuba bertanya kepada gadis jepun yang berada dikaunter tiket keretapi tersebut. Dia senyum pada aku sambil bercakap bahasa yang aku tidak fahami, bahasa Jepun. Dia mengangkat tangannya sambil membuat satu isyarat tangan aku fahami. Tunggu.
Datang kawannya yang lebih comel dari dia. Aku senyum, dia pun senyum kembali. Tak lekang senyuman diwajah mereka berdua. Sangat ramah, dan membantu. Berbeza dengan apa yang aku lihat sikap orang Malaysia ketika aku lalu di LRT Ampang semalam. Polis wanita bercakap dengan pelancong dengan nada yang kurang sopan. Hey! Please be polite sikit dengan orang. Jangan nak buat muka PMS sangat.
Kami tiba di lobi Hotel Prince Shinagawa dengan keadaan basah kuyup. Terus mengambil kunci pintu bilik. Dan dalam semasa berjalan menuju ke bilik kami yang bersebelahan, dunia aku tiba-tiba jadi kelam, hitam.
Published with Blogger-droid v2.0.1
7 comments:
kau pengsan cik lan?
dh jadi keja plak si jen nak ngangkat ko? xdpt aku bygkan!
lepas tu ? sedar2 je kau dah ada kat Malaysia. harhar..
Haha, come on. Baru start kot cerita aku. Kasi la aku warming up dulu. haha
hahaha.. kelam dan hitam apakah ??? jeng jeng jeng..
saspen ending ye..
semua kena tunggu
Post a Comment