The End

"You buat apa tuh, jom pergi makan?"


Agak pelik tapi itulah yang berlaku pada aku sekarang. SEMUA kawan-kawan aku sekarang, semuanya sedang outstation. Lalu keputusan aku buat untuk ajak Julie keluar makan. Aku tahu ini bukan idea yang baik, aku tahu ianya telah melanggar peraturan hidup aku sendiri untuk tidak menganggu hak orang. Tapi kali ini aku terpaksa. Tapi aku rasakan aku tidak patut bertemu dengan Julie lagi.


"Slowly walk away is the best decision when everything not on your side"



"Boleh jugak, nanti tolong hantarkan I balik rumah mak I skali boleh?"

"Ok, no problem."


Sebenarnya, aku banyak berubah semenjak kenal Julie. Dulu aku tak kenal erti perasaan, aku tak kenal erti pengorbanan. Aku juga tak tahu apa itu kesakitan dan apatah lagi kegembiraan. Bagi aku, semua perasaan ini akan menjadikan aku lelaki yang lemah di mata seorang wanita. Tapi aku juga tak pasti perubahan yang aku alami adakah ianya baik atau buruk pada aku. Biarkan saja ia. Mungkin 2 atau 3 ketika aku akan dapat jawapannya.


"You dah kat mana? Bawak slow-slow sket tau. I baru nak mandi. Lepas tuh nak sidai baju lagi"

"Ok, take your time"

Hari Jumaat, malam. Jalan menuju ke Putrajaya yang aku sangka sibuk rupanya tidak. Tapi aku cuba bawa dengan perlahan walaupun itu bukan gaya aku memandu. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa separuh jam, tetapi aku telah sempurnakan menjadi satu.


"You, sorry. My BF doesnt let me go out tonight."


Mungkin bagi lelaki lain, mereka sudah melenting. Apa tidaknya, datang jauh-jauh dari KL dan sudah pun berada di Putrajaya. Belum sampai, tapi sudah hampir. Tetiba-tiba dia berkata tidak. Amarah, radang dan juga ego, sifat telah lama aku hapuskan. Rasanya tidak perlu. Kerana aku masih ada janji kedua aku padanya yang perlu aku kotakan.


"OK. I will just send you home."


"Nanti ajak la adik-adik I pergi makan kay."


Sms yang sengaja aku tidak reply. Bukan berniat, tetapi kerana aku tidak tahu apa yang patut aku taipkan. Semuanya kosong dalam fikiran aku.


Kereta aku pandu perlahan-lahan menuju ke rumah dia setelah mengambil dia di rumah sewa dia. Aku tahu jika aku bawa dengan cara yang biasa agak dia tidak pusing. Aku tahu kerana aku dah biasa dengan dia.


"Lan sihat? Lama tak datang sini?" Soalan dari seorang ibu membuatkan hati aku tiba-tiba rindukan kampung halaman.


"Macam ni la makcik. Biasa la sibuk dengan kerja." aku cuba menjawab soalan dari ibu dia.


Kami mula berbual kosong sampai aku terlupa di mana kami bermula dan di mana kami berhenti. Adik dia si Erica Micheal masih di depan komputer bermain game. Julie telah ke dapur. Dari bunyi bising yang datang dari dapur, mungkin dia sedang memasak agaknya. Pandai ka dia masak? Not sure, ask her for yourself.



Si Erica sibuk bermain game di komputer yang aku bawakan untuk dia menulis novel. Yang adik-adik dia yang lain entah ke mana. Dalam bilik agaknya. Waktu itu, hati aku lebih berat untuk balik terus ke rumah walaupun sebenarnya aku belum menjamah makan seharian. Tapi agak tidak beradab bila Julie tiada di depan. Tapi tak apalah. Tak salah kalau aku tunggu sekejap lagi.


"Jemput makan." Julie yang sedang berjalan keluar dari dapur sambil membawa periuk nasi bersamanya.


Nampaknya terpaksa juga aku makan, atau mungkin memang aku perlu makan. Aku jamah perlahan-lahan makan tersebut. Sedap jugak masakan dia, atau pun mungkin aku yang terlalu lapar. Tapi masih berakar segan dalam diri aku untuk makan di rumah orang. Namun aku gagah juga untuk menyuap semulut dua nasi ke mulut aku. Habis 3 pinggan.


Kring~kring~kring


Sudah pagi rupanya. Aku tak berapa ingat pukul berapa aku sampai rumah semalam. Masa bawa kereta pun fikiran aku melayang jauh. Hampir berlanggar dengan Mini Cooper disebabkan pemanduan dia yang super celaka. Lupakan dia, aku tidak berdendam dengan dia.


Sabtu, nothing much yang aku buat. Sekadar bangun pagi bersenam, tengok cermin sambil puji objek yang ada dalam cermin tersebut tanpa rasa ralat. Aktiviti yang lain hanya aktiviti yang tidak bermakna untuk aku ceritakan. Bangun, tengok tv dan kemudian tidur. Sampaikan aku terlupa untuk makan, terlupa juga aku tentang majlis kahwin kawan aku. Aku just nak ucapkan pada dia.


"Sorry bro tak dapat datang kenduri kawen kau, next time kalau kawen lagi jemput. For sure aku datang".


Faktor malas memaksa aku untuk tidak keluar dari rumah walaupun zahir aku belum di jamu dengan benda yang sepatutnya. Tambahan hujan telah mengamplifiedkan lagi faktor malas aku tersebut.


Bosan dengan keadaan tersebut lantas, memberikan aku semangat untuk menggagahkan diri untuk bangun dari katil. Aku berjalan perlahan-perlahan menuruni tangga rumah sampai ke bawah. Hujan masih lebat. Aku hanya mampu menadah tangan keluar untuk merasai air hujan tersebut. Sejuk. Entah semangat mana yang merasuk aku tika itu, pakaian yang aku pakai untuk keluar habis basah di timpa hujan. Berbaju putih dan nipis tambahan basah memang mengundang banyak mata-mata yang liar untuk memandang.


"Tika! Hang mai sini sat. Cepat la! Terhegeh-hegeh sangat aih." Kedengaran suara gadis yang entah datang dari mana.


"Ha! Naper?" sambung suara yang masih aku tak dapat cari puncanya tapi dengan nada yang berbeza. Orang lain agaknya.


"Cuba hang tengok mamat yang muka pecah rumah kat bawah tuh" kali ni mata kami bertentang, tepat. Aku seakan kenal dia.


"Ha! Kenapa dengan dia?" tegur teman dia yang datang berlari ke berenda rumah mereka. Aku melemparkan senyuman aku pada mereka berdua sambil tangan aku menarik rambut yang basah ke belakang.


"Dia la yang aku cakap gila tuh. Tengok tuh, tak dak reja dok main hujan. Macam orang gilakan?"


"Owh! Mamat ni la. Tapi kan, kalau macam tuh kau cakap muka pecah rumah, muka pakwe aku nak letak kat mana plak?" dia muka menyoal balik. "Tapi bila aku tengok dia lama-lama, cute plak aku nampak" sambung dia.


"Isk! Benci aku sembang dengan hang ni" dia berlalu masuk ke dalam dengan muka tidak puas hati.


Kawan dia pulak melambai-lambai tangan pada aku sambil berjalan perlahan-lahan ditarik masuk ke dalam. Aku membalas dengan lambaian kecil. Entah kenapa rusing yang bermain dalam fikiran aku hilang. Semuanya kosong sekarang. Tenang. Aku nak tidur kerana esok adalah 20-11-2011 dan esok adalah hari hujung minggu yang paling sibuk untuk aku.

Published with Blogger-droid v2.0.1

21 comments:

Wadi AR said...

runsing nape daa. lek aa cik lan

NuReLLe said...

wahhhh..paklan dah berubah..good 4 u then..:D

Munn Jaafar said...

melampau hg...segan2 pun hbis 3 pinggan? isyk3...bila nak ltk gmbq hg kt sini? nak jgk tgk empunya bdn...btoi ka pecah rumah...ekekeke

tomatokering said...

adakah saya pelakon tambahan didalam cerita ini ? ahah :pp

DzuLagiL said...

dah smpai seru

Anonymous said...

manusia mmg selalu berubah..lgi2 berubah kerana manusia lainnya(manusia lain yg membuka mata dan minda kita).

Akulah Pak Lan said...

Wadi: Tak ada apa2 masalah cuma bingung sket dengan masalah dunia

Akulah Pak Lan said...

Nurelle: :-) tak berubah mana pun

Akulah Pak Lan said...

Munna: blum sampai masa nak letak gambar aku

Akulah Pak Lan said...

tomatokering: maybe

Akulah Pak Lan said...

Dzul: seru dah lama sampai, jodoh blum lagi

Akulah Pak Lan said...

zoey: heheh yup

Blog Eazy Izzuddin said...

adakah
err..
hehe

Namee Roslan said...

:) hahahha,ramai nk tgk muka kau wey.meh aku tunjukkan. :P hahahaha. em kalau kau suka naa julie, terus masuk meminang. tak kisah ah ada bf ke takde ke.

rabiatulaynie'abdullah said...

nape 2 orang makcik tu panggil pak lan gila...!!?

si ngokngek said...

kerunsingan atau kekeliruan..hang tgh berperang dgn perasaan ka?mcm suka julie ja..klau dh suka julie..just go on lar,tak salah kan mencuba

hikhok~~

Akulah Pak Lan said...

easy: hurm. errrr

Akulah Pak Lan said...

Name: weh jgn buat gila. tapi gambaq aku kat fb aku dah remove. kah kah kah

Akulah Pak Lan said...

rabiatulaynie: kena baca previous post

Akulah Pak Lan said...

singokngek: apasal pelik sgt nick kau ni? ada setengah benda ang kita tak patut cuba

nazirah said...

hoho pak lan .. mmg dapat dirasakan kebOsanan tu pak lan.. kebOsanan dan kesunyian alahai... tp yg paling tak tahan tu makan kt uma julie makan perlahan2 tpi smpi 3 pinggan hahaha terbek la pak lan ;)