Bukan lapisan ozon saja yang menerima kesan daripada perbuatan manusia yang durjana, begitu juga wallet aku. Memang sungguh berilmiah intro aku hari ini. Aku sedar akan hal ini. Tapi jangan tanya kenapa aku mahu menggunakan perkataan wallet untuk menggantikan kopek walaupun aku sedar, aku orang utara yang sangat tipikal.
Rasanya dah agak lama aku tak update blog dengan entri yang macam cilaka, tapi hari ini aku akan cuba.
Cuba bayangkan aku dalam keadaan yang sangat sengkek sekarang. Bila aku sebut perkataan “bayangkan”, tak perlu la korang nak pejam mata nanti macam mana pulak korang nak baca entri aku. Lagi pun nanti korang akan teraba-raba kat skrin computer korang macam nak baca tulisan braille. Yang paling aku takut kalau ada orang yang akan ambik kesempatan ini untuk meraba benda yang patut diaorang raba terutama set-set gadis. Gadis, bukan boleh percaya sangat diaorang ni, banyak akai. Aku ada petua yang aku amalkan kalau tak nak gadis ambil kesempatan ke atas lelaki. Sebelum keluar dengan mana-mana gadis pastikan korang keluar dengan keadaan berwuduk. Kalau ada gadis yang tetiba nak sentuh korang, korang boleh bagi alasan yang korang ada wuduk. Bijak tak?
Ok kita cuba sekali lagi untuk memahami cerita aku tadi, tapi kali ni dengan bersungguh.
Cuba bayangkan aku dalam keadaan yang sangat sengkek sampai nak makan pun terpaksa membuat catuan. Catuan makanan telah membawa aku ke tahap di mana boxer aku pun boleh londeh. Keadaan ini telah memaksa aku untuk korek benda yang sangat penting dalam hidup aku. Aku tahu bila aku sebut sahaja perkataan “korek”, ramai yang telah fikir sampai entah ke mana. Biasa la, otak manusia memang kreatif. Aku cuma nak cakap yang aku terpaksa korek tabung aku yang tak berapa ada rupa tabung demi untuk menyambung hidup di kota KL ni.
Dalam dok tak dok dalam office sambil dok update status Facebook aku, tiba-tiba aku terfikir suatu hukum yang baru yang hampir menyerupai Hukum Newton. Mungkin hukum ini akan dipakai oleh ramai pekerja yang makan gaji di seluruh dunia kelak. Aku yakin aku mampu untuk mendapatkan hadiah Nobel untuk tahun depan.
“Hukum Kerja Paklan menyatakan bahawa kadar kerja yang akan dilakukan adalah berkadar terus dengan baki duit gaji yang ada dalam bank”
Itu saja yang aku nak update, aku memang tak dak idea. Mungkin ini kesan sampingan bila aku ketahui Lisa Surihani akan bergelar Lisa SuriRumah esok.
"Semoga you berbahagia di samping dia dan kekal hendaknya sampai ke akhir hayat" ucapan yang berbaur kecewa.
28 comments:
lisa surihani tukar jdi surirumah esok.. bahahah..
"hukum kerja paklan" hewhewhew..ookay boleh dterima...
asyik gadis je t'kena. ahaiiii
eh bape hri je lgi gaji masyuukkk kan? ;)
hrap2 lisa baca entry paklan neh
:P
jangan la catu makanan sampai boxer boleh londeh..
ahaha kritikal!
rilex la. hujung bulan juga lah masyuk gaji balik. hehehhe. wey,so far dengan adverlets ok?
hehe. cik lan ni kawen jela. b4 kawen tu, belanje la aku seketul dua
tula...makan lagi kat tempat mahal2 kan dah kena korek tabung. jadi macam aku, makan kat tempat paling murah. jimat duit. kehkehkehkeh. ;p
hujung bulan ada lah nikmat buat
ayah dan keluarga.rezeki melimpah.tapi 2hr lepas tipis mcm ozon juga -.-
kena buat budget paklan *iqa jobless
moga2 duit kawen ada.hewww
hehe minat jgk hg kat lisa surihani tu eh? aku tak sabar nk tgk baju kawin dia esok..haha! besa la pompuan kan...tetttt..tgh cari ilham ni =P
dlu hg ckp tabung hg muat dlm 400 camtu, terlebih cukup nk smpai hujung bulan...tu pun kalau tabung hg penuh la =)
Cekebolat: frust ni
hahahhaha..hujung bulan sengkek, awal bulan pas gaji masuk pun takde beza. kat aku. hahahhaha
mkn kat rumah lagi jimat. hehe sila redha dengan status lisa surihani pd esok hari :B
Fyqa: gaji dah masuk smlm. Harap la dia baca kan...
Syafa: Haha see, paklan dah kurus ok
jgn meratapi sgt lisa tu paklan hahhaa
hahaha sadis jew munyiknye tkpe2.. cari la lisa surirumah yg len ngee ;)
adverlets xbg gaji ker?hee
Namee: aku dah pm
Wadi: seketul dua apa?
Hana: aku pasal makan mmg tak berkira sgt
Iqa: nak suruh paklan masuk meminang ka bgtau ni? Haha
Munna: kalau penuh mungkin cecah seribu
Hanie: haha sama la kita
Lisa: i tackle u pulak la aci?
Ezan: gadis yg comei semula jadi tanpa makeup, bukan mudah nak cari ooo
Cci: kena carilain la mcm ni. Sob sob sob
Laici: banner semua tuh aku tempek cukup syarat ja. Traffic aku rendah ja
bukan lelaki yang duka oegang tangan awek.. hehehe..:-)
PakLAn
Teori Ekonomi PakLan:
Beban Kerja berkadar langsung dengan kadar kemasukan wang ke bank.
Lisa Surihani=Lisa Surirumah. Ha3,kena saman dek Yusri kang....
Post a Comment