Entri Hujung Bulan




Bukan lapisan ozon saja yang menerima kesan daripada perbuatan manusia yang durjana, begitu juga wallet aku. Memang sungguh berilmiah intro aku hari ini. Aku sedar akan hal ini. Tapi jangan tanya kenapa aku mahu menggunakan perkataan wallet untuk menggantikan kopek walaupun aku sedar, aku orang utara yang sangat tipikal.

Rasanya dah agak lama aku tak update blog dengan entri yang macam cilaka, tapi hari ini aku akan cuba.

Cuba bayangkan aku dalam keadaan yang sangat sengkek sekarang.  Bila aku sebut perkataan “bayangkan”, tak perlu la korang nak pejam mata nanti macam mana pulak korang nak baca entri aku.  Lagi pun nanti korang akan teraba-raba kat skrin computer korang macam nak baca tulisan braille. Yang paling aku takut kalau ada orang yang akan ambik kesempatan ini untuk meraba benda yang patut diaorang raba terutama set-set gadis. Gadis, bukan boleh percaya sangat diaorang ni, banyak akai. Aku ada petua yang aku amalkan kalau tak nak gadis ambil kesempatan ke atas lelaki. Sebelum keluar dengan mana-mana gadis pastikan korang keluar dengan keadaan berwuduk. Kalau ada gadis yang tetiba nak sentuh korang, korang boleh bagi alasan yang korang ada wuduk. Bijak tak?

Ok kita cuba sekali lagi untuk memahami cerita aku tadi, tapi kali ni dengan bersungguh.

Cuba bayangkan aku dalam keadaan yang sangat sengkek sampai nak makan pun terpaksa membuat  catuan.  Catuan makanan telah membawa aku ke tahap di mana boxer aku pun boleh londeh. Keadaan ini telah memaksa aku untuk korek benda yang sangat penting dalam hidup aku. Aku tahu bila aku sebut sahaja perkataan “korek”, ramai yang telah fikir sampai entah ke mana. Biasa la, otak manusia memang kreatif. Aku cuma nak cakap yang aku terpaksa korek tabung aku yang tak berapa ada rupa tabung demi untuk menyambung hidup di kota KL ni.

Dalam dok tak dok dalam office sambil dok update status Facebook aku, tiba-tiba aku terfikir suatu hukum yang baru yang hampir menyerupai Hukum Newton. Mungkin hukum ini akan dipakai oleh ramai pekerja yang makan gaji di seluruh dunia kelak. Aku yakin aku mampu untuk mendapatkan hadiah Nobel untuk tahun depan.

“Hukum Kerja Paklan menyatakan bahawa kadar kerja yang akan dilakukan adalah berkadar terus dengan baki duit gaji yang ada dalam bank”

Itu saja yang aku nak update, aku memang tak dak idea. Mungkin ini kesan sampingan bila aku ketahui Lisa Surihani akan bergelar Lisa SuriRumah esok.

"Semoga you berbahagia di samping dia dan kekal hendaknya sampai ke akhir hayat" ucapan yang berbaur kecewa.

28 comments:

iAmCekbolat said...

lisa surihani tukar jdi surirumah esok.. bahahah..

"hukum kerja paklan" hewhewhew..ookay boleh dterima...

Fyqa said...

asyik gadis je t'kena. ahaiiii

eh bape hri je lgi gaji masyuukkk kan? ;)



hrap2 lisa baca entry paklan neh

:P

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

jangan la catu makanan sampai boxer boleh londeh..
ahaha kritikal!

Namee Roslan said...

rilex la. hujung bulan juga lah masyuk gaji balik. hehehhe. wey,so far dengan adverlets ok?

Wadi AR said...

hehe. cik lan ni kawen jela. b4 kawen tu, belanje la aku seketul dua

hanaahmad said...

tula...makan lagi kat tempat mahal2 kan dah kena korek tabung. jadi macam aku, makan kat tempat paling murah. jimat duit. kehkehkehkeh. ;p

syafiqa said...

hujung bulan ada lah nikmat buat
ayah dan keluarga.rezeki melimpah.tapi 2hr lepas tipis mcm ozon juga -.-

kena buat budget paklan *iqa jobless
moga2 duit kawen ada.hewww

Munn Jaafar said...

hehe minat jgk hg kat lisa surihani tu eh? aku tak sabar nk tgk baju kawin dia esok..haha! besa la pompuan kan...tetttt..tgh cari ilham ni =P

dlu hg ckp tabung hg muat dlm 400 camtu, terlebih cukup nk smpai hujung bulan...tu pun kalau tabung hg penuh la =)

Akulah Pak Lan said...

Cekebolat: frust ni

Hanie Dew said...

hahahhaha..hujung bulan sengkek, awal bulan pas gaji masuk pun takde beza. kat aku. hahahhaha

Lysa said...

mkn kat rumah lagi jimat. hehe sila redha dengan status lisa surihani pd esok hari :B

Akulah Pak Lan said...

Fyqa: gaji dah masuk smlm. Harap la dia baca kan...

Akulah Pak Lan said...

Syafa: Haha see, paklan dah kurus ok

Unknown said...

jgn meratapi sgt lisa tu paklan hahhaa

nazirah said...

hahaha sadis jew munyiknye tkpe2.. cari la lisa surirumah yg len ngee ;)

LAici KAng Ais said...

adverlets xbg gaji ker?hee

Akulah Pak Lan said...

Namee: aku dah pm

Akulah Pak Lan said...

Wadi: seketul dua apa?

Akulah Pak Lan said...

Hana: aku pasal makan mmg tak berkira sgt

Akulah Pak Lan said...

Iqa: nak suruh paklan masuk meminang ka bgtau ni? Haha

Akulah Pak Lan said...

Munna: kalau penuh mungkin cecah seribu

Akulah Pak Lan said...

Hanie: haha sama la kita

Akulah Pak Lan said...

Lisa: i tackle u pulak la aci?

Akulah Pak Lan said...

Ezan: gadis yg comei semula jadi tanpa makeup, bukan mudah nak cari ooo

Akulah Pak Lan said...

Cci: kena carilain la mcm ni. Sob sob sob

Akulah Pak Lan said...

Laici: banner semua tuh aku tempek cukup syarat ja. Traffic aku rendah ja

Cik Nurul said...

bukan lelaki yang duka oegang tangan awek.. hehehe..:-)

Mak Wardah said...

PakLAn
Teori Ekonomi PakLan:
Beban Kerja berkadar langsung dengan kadar kemasukan wang ke bank.

Lisa Surihani=Lisa Surirumah. Ha3,kena saman dek Yusri kang....