Aku dan kedai gunting rambut

Assalamualaikum gediks sekalian,

Dah mandi wajib ka blum? 

Lately KL agak panaih,  jerebu pun bleh tahan. Mangkit pagi musim-musim la ni mesti tilam habes basah,  sampai tak gaduh nak tunggu malam Jumaat dah. Lain la kalau aku dok kat Rio De Janeiro, tobat aku dah p mandi laut hari-hari sambil usha gadis lentik pakai bikini. La ni kalau takat ada kipaih angin kat rumah, berbogel pun dok rasa bahang lagi. Rasa nak terbakaq habes semua.

Dengan rambut yang semakin panjang ala-ala Sebastian Bach, rimaih aku dibuatnya. Kadang-kadang tak tahan pun ada, rasa macam nak cabut semua rambut. Aku decide untuk p gunting rambut semalam. Orang taraf macam aku ni, kedai mana lagi nak tuju kalau bukan kedai kat tepi jalan. Harga mesti mau RM8 maksimum, kalau lebih tobat aku cari kedai hat lain. Tapi aku tak tau la, kenaikan harga gula dengan minyak bebaru ni ada bagi impak tak dekat bisnes-bisnes gunting rambut ni. 

Aku cuma takut nanti depa kelim "Gula dah naik menyebabkan harga ayaq minuman naik. Dulu teh ais RM1 ja, la ni RM1.20. Pakcik minum teh ais, sehari 3 kali. Jumlah kenaikan 6 kupang. Pakcik terpaksa caj kamu RM8.60 ". Mungkin time tuh aku akan bayaq RM8.60 kalau aku bodoh Matematik.

Kedai gunting rambut yang aku selalu dok p ni pelik sket. Biasanya kedai gunting rambut akan ada cermin depan dengan belakang. Tapi kedai dia tak cermin semua tuh cuma ada cermin bujang yang kecik tuh saja. Lepaih balik reja semalam aku teruih naik motor p kedai dia. Lewat kang takut tutup pulak kedai tuh.

Pakcik ni tukang gunting rambut ni tak da la tua sangat, tapi rambut dah beruban dalam 50an macam tuh. OK ni bukan cerita hantu, tak perlu aku nak explain lebih-lebih pasal pakcik tuh.

Disebabkan aku regular customer dia, sampai-sampai saja kedai dia akan tanya "Macam biasa ka anak?". Aku bagi tau kat dia kali ni aku nak yang luaq biasa sikit. "Pakcik kali ni cek nak ikut trend semasa. Tak kisah la trend macam mana pun janji kena dengan gaya cek".

Untuk pengetahuan hangpa semua, aku suka tidoq time orang gunting rambut aku. Selalunya dia akan ambik masa dalam 20 minit untuk gunting rambut aku, tapi kali ni pelik sket. Sat saja, dalam 10 minit macam tuh.

"Mana cermin pakcik? Nak tengok rambut baru ni.." tanya aku.

"Maaf nak, cermin pakcik pecah. Jatuh semalam." terang pakcik tuh.

"Abih tuh macam mana cek nak tau pakcik buat fesyen apa?" tanya aku dengan nada excited gila.

Dia cuma angkat tangan sambil jari dia point kat satu poster yang ditampal kat dinding kedai dia.




Empangan!!!(Sila translate sendiri dalam BI)

Hebat sungguh penangan Vin Diesel. Kini aku dah jadi lelaki botak. Aku tak cakap banyak, aku sua kat pakcik tuh RM10 sambil berkata "Keep the change". Aku tau gadis suka kena sondoi dengan kepala, tambah-tambah dengan kepala yang botak. Thanks pakcik.



23 comments:

Unknown said...

lepas ni ramai lagi la laki botak agaknya. semua nak jadi Vin Diesel :D

Xyz said...

belum mandi lg. kuang3 :P

Anonymous said...

botak..??ncem oh...kahkahkahkah

Rtp Farra Arisha said...

hahahahahahaha :))

nazirah said...

hahaha botak hensem kot huhu ;)

Akulah Pak Lan said...

Sapa nak kena sondol sua perut..

riben putih said...

hahahahahaha~ speechless...! ensem2 ~

sYafIk-wAy said...

aku pun baru lepas g potong rambut

Akulah Pak Lan said...

riben putih:
:)

sYafIk-wAy:
haha/

fyna ahmad said...

hahaha...fyna teruja...
lagi2 ayat yg terakhir...
demm...

Akulah Pak Lan said...

fyna:
suka kena sondoi?

azlanmatt said...

awek aku suka kepala botak.. so aku slalu botak lerrr... ari2 kena sondol

Akulah Pak Lan said...

azlanmatt:
Botak is macho..

PinKy MoMMa said...

botak is geli..bluweeek ahahahaha

Anonymous said...

HAHAHA.derr botak kerr?hek3

eila said...

kacak...kacak...seksi 2....

Tasha said...

suka van diesel!!!!! suka snagt~

Akulah Pak Lan said...

Tasha:
Kepala i serupa mcm dia

misS oreOo said...

miss oreoo follow kamu suda :')

eila said...

pakcik dh tkr nme pak lan LAK!
BOTAK ITU SEKSI HEHE...

Anonymous said...

botak ncem..huahaha :)

NuReLLe said...

ehhh...pakcik..bile tukar nama ni??? huhuhu

Akulah Pak Lan said...

cik ayin:
Hai cik ayin (sua tangan nak bersalam).

eila:
NuReLLe:
nama dulu tak komersial sgt..lgpun dlm blog list i saja dah ada 2 orang guna oreo..so pasar mlm..
terpaksa tukaq..