Kawan punya pasal

Masuk tahun ni dah hampir 4 tahun aku bekerja secara profesional setelah habis belajar. Bekerja secara profesional dan makan gaji memang banyak dugaan dan tekanan yang perlu aku hadapi. Rata-rata kebanyakan rakyat kat Malaysia ni semuanya hidup dengan makan gaji. Habis kalau semua nak jadi bos sapa pulak nak buat kerja kan?

Aku memilih untuk jadi kuli, tapi belum pasti sama ada untuk seumur hidup atau tidak. Bekerja pulak dengan bos perempuan yang banyak peel memang menguji tahap kelakian aku. Sering kali aku teruji setiap kali dipanggil masuk bilik. Kalau tak perform, kena panggil masuk bilik. Kalau perform pun kena panggil masuk bilik. Kesimpulannya dia memang suka panggil aku masuk bilik. Apa yang kami buat dalam bilik tuh, nanti lah aku ceritakan. Waktu sekarang tidak sesuai, ada benda lain yang lebih penting dari dia.

Aku ada seorang kawan yang bernama Aiman, otak dia memang bisnes habis. Dulu dekat Universiti segala jenis bisnes dia nak buat. Orang jual handphone import dari Singapore, dia pulak jual topup. Orang jual buku rujukan, dia pulak jual nota kuliah. Bak kata orang memang kreatif habis otak mamat ni dalam hal-hal bisnes. Sering kali dia mintak aku tolong dia dalam bisnes dia. Tolong jadi promoter yang tak bertauliah. Tapi dapat jugak la sedikit habuan untuk aku.

Lepas-lepas grad dari Universiti, dia ada ajak aku berjumpa. Dia ada cerita yang dia nak bukak bisnes Tow kereta. Disebabkan aku ni kawan baik dia, dia nak mintak tolong aku untuk design logo company dia. Mula-mula aku tolak , tapi dia memang pandai memujuk dengan mulut manis dia. Dengan berbekalkan mulut manis dia tuh la, dia dapat kawen free sebelum grad. Pandai dia memilih, anak Dato Zam. Hanis nama dia. Cuma mereka kawen dalam senyap-senyap sebab kantoi kena tangkap basah. Aku sorang ja yang tau cerita ni. Aku tak pernah cerita kat sapa-sapa pun. Aku sorang yang setia kawan.

Penat jugak aku pikir macam mana design logo yang paling terbaik. Akhirnya aku memilih untuk menggunakan logo dibawah. Aku harap dia berjaya dalam bisnes TOW dia.


Sampai sekarang dah hampir 3 tahun dia tak contact aku selepas aku serahkan logo tuh dekat dia. Agaknya memang maju betul bisnes dia sampai betul-betul sibuk sampai tak sempat nak contact aku.

2 comments:

vampire's lovex said...

kah kah kah.....

dia xnak kawan dengan ko dah kot...dia rasa anak dia lukis lagi cntik..haha..

lawak oiiii

Akulah Pak Lan said...

vampire's lovex :
agaknya