Ada Apa Dengan Jepun : Part 2

Al kisah...

Tersebutlah satu kisah di mana kisah yang berlaku bukanlah kisah tempatan. Ceritanya terjadi sebelum isinya dan rakyatnya ditelan bumi dan air. Kisah yang melibatkan kurang penglibatan masyarakat jawa dan juga yang bermata bulat. Kisah yang terjadi selepas musim sejuk tapi kerana dek cuaca yang melampau dinginnya masih mampu sampai ke sum-sum tulang.

Kisah yang bakal diceritakan ini adalah mengenai kaum yang bermata sepet. Kisah di mana kaum yang bengkak di dada yang mampu menutup hanya separas paha walaupun cuacanya dingin membeku. Sangat ekstrem dan sangat menyiksa jiwa lelaki jawa yang memandang. Ini kerana sejuk dan lelaki adalah satu sumpahan, umpama bulan dan serigala jadian.

Jadi diingatkan di sini, janganlah ada yang bermulut manis cuba-cuba untuk menagih kasih dan simpati. Menagih untuk memesan kepada sang pencerita barangan yang hanya terdapat di sana. Ini kerana ini adalah kisah yang telah terjadi dan bukannya yang akan terjadi.

Macam cilaka tak intro aku? Kah kah kah.

Ok stop. Kita kembali kepada cerita aku yang dah lama tertangguh.

"Eh Yang, agak-agak aku boleh claim tak winter allowance?" tanya aku kepada SU department aku.

Aku yang masih blur-blur pasal Jepun walaupun minat gila tengok cerita-cerita Jepun yang A rated, masih tidak mampu menjawab segala persoalan aku. MR Google pun tidak banyak membantu dari segi menyediakan diri aku untuk ke Jepun. By the way cerita A rated yang aku maksudkan adalah Anime. See, semua orang suka pandang serong kat aku. Tacing ok, tacing (Tacing tuh apa ha? Aku main taip ja ni).

"Tak boleh la Lan. Kalau ikut kalender, dah lepas. Walaupun salji masih turun, kau tetap tak boleh kelim." jelas dia bersungguh.

"Lor, yaka. Rugi la aku, 400 tuh." sedikit kecewa aku dengan jawapan dia. "Eh kat sana makanan apa yang popular?" tanya aku sambil mencuit pinggang dia. Aku tak suka tengok muka orang yang serius dan terlalu asyik dengan kerja.

"B.A.B.I!" dia seakan melatah lalu bangun menghadap aku dengan buat muka yang garang.

"Eh! kau tak jawab lagi soalan aku tadi?" aku yang masih ternanti-nanti jawapan dari dia.

"Kan aku dah jawab tadi." sambil buat muka garang.

"Kau maki aku ada la." jelas aku yang takpuas hati dengan jawapan dia.

"Isk kau ni. Babi, babi, babi la yang popular kat sana. Puas hati? Nak lagi?" aku rasa dia jawab soalan aku tadi sekali dengan pakej maki aku.

Demm! Kasaq. Aku terkena. Palat.

"Ala, jangan la marah. Aku tanya ja. Takpa, nanti aku aku bagi kau sentuh bahu aku 5 saat tanda aku mintak maaf. Ok?". aku yang cuba memujuk.

"Eeeii, geram la aku dengan kau ni. Ada jugak yang kena tokak kang" geram dia bertambah.

"Tak baik tau tokak anak teruna orang. Lagi pun kau nak tokak aku kat mana ja?" aku masih mengusik.

Jari dia mengutil lengan aku yang berotot. Gagal. Lalu dijelirkan lidah dia. Tapi sayang, muka dia kurang comel. "Ha jangan lupa belikan aku mochi-mochi tau." terus dia berubah sikap sambil buat muka menggoda tak ingat.

Published with Blogger-droid v1.7.4

24 comments:

PinKy MoMMa said...

hakhakhak 5 saat jer? sesaat pun jangan huahuahua..wei ceq teringin nak pegang salji..jom pi korea..hahaha

Wadi AR said...

kau suke miyabi ke cikgu tadika?

eliyaezlinalias said...

mochi-mochi itu apakah???

eliyaezlinalias said...

mochi-mochi itu apakah????!

NuReLLe said...

tokak tu pe?

Akulah Pak Lan said...

pinky momma: salah satu tempat destibasi jgk tuh. jom2 kumpul duit pergi

Namee Roslan said...

wey tiket ke jepun n korea mahal la wey. aku pernah pgg salji gak tp lama dah time aku duk london dulu tp tak heavy pun salji nya .

Namee Roslan said...

kalau aku kenal kau awal, aku dah pesan macam2.

Anonymous said...

Tokak = gigit
Hehe

Akulah Pak Lan said...

wadi:aku suka perempuan yg complicated

Akulah Pak Lan said...

eliya: nanti aku explain dalam next next entri

Akulah Pak Lan said...

nurelle: tuh keywee dah tlg jwbkn. :-)

Akulah Pak Lan said...

namee: memang mahal dowh, sebab tuh aku pergi bawah bisnes trip. so tak kena bayar apa2. time aku pergi thu salji dah cair, sakura pun dah nak habes

Akulah Pak Lan said...

keywee: thanks tlg jwb kan

Anonymous said...

ala2 hikayat la pulok..

hanaahmad said...

yang aku tahu sana ada maria ozawa. tapi sampai sekarang aku taktahu dia sapa. keh3

Akulah Pak Lan said...

zoey: biasa la paklan, suka berubah taste

Akulah Pak Lan said...

hanaahmad: kau dah tanya Mr Google? haha

Munn Jaafar said...

skg ni sebut jepun je aku teringat tsunami.tgk dokumentari ari tu kesian btul kat diorg.sib baik la kau dh pg lama kan.lau tak,xknl la blog kau haha


klau menu babi jgn kata jepun,tu ha kat indon bersepah2 jual babi kt tepi jalan.kau ckp je nak ape.babi golek,mee babi trg2 je kt tepi jln mcm gerai cendol

Unknown said...

tadi mase aku bace nak cite pasl mata sepet ingtkan nak cite pasl aku.
aku takleh dgr mate2 sepet ni.
tacing lain mcm je. haha

Akulah Pak Lan said...

Munna: sedap ka babi ni ha? haha

Akulah Pak Lan said...

Ezan: haha mata kau sepet kah? hahaha

nazirah said...

owh tokak tu gigit ek .. bahasa ape tu .. heee (org kurg taw ) kui2

Akulah Pak Lan said...

cci:tokak tuh gigit dalam kadar yang banyak dan rakus