Rutin


Weekend, kalau aku kata aku kerja time weekend akan terdengar satu istilah yang keluar dari mulut-mulut manusia yang berhati suci "Bangla pun cuti hari minggu, kau tak kan kerja kot?". Aku tak pasti bijaksana mana yang mencipta ayat ini yang menyebabkan aku berhenti kerja dari company pertama aku dulu.

Tapi sebab musabab utama aku berhenti adalah kerana di situ sudah ketandusan golongan homo sapien yang bernama gadis yang boleh dibuat awek, apatah lagi nak dibuat bini. Tak kan aku nak bergantung pada nasib sambil megharapkan akan ada sorang dua yang tidak hanya budjet comel tapi sememangnya comel yang terbukak hati untuk masuk kerja kilang. Hell no! Gadis-gadis sekarang memang sudah pandai memilih kerja. Paling lekeh korang akan jumpa mereka bekerja dekat Tol, paling banyak dekat pasaraya. Aku ada pengalaman, sila percaya cakap aku.

Kring...Kring...Kring...

"Benda apa yang memekak pagi-pagi buta ni?" jerit aku dengan sopan dalam hati sambil menarik selimut sampai menutup kepala.

5 minit kemudian...

Kring...Kring...Kring...

"Bodo punya orang! Kasi diam benda tuh." masih dengan gaya sopan ala-ala lelaki melayu terakhir aku memaki tuan hak milik benda tersebut.

Tambahan 2 minit kemudian...

Kring...Kring...Kring...

"Fakk! Kalau tak reti nak hentikan biar aku senyapkan saja menatang ni" sambil memegang benda tadi dan hampir nak baling ke dinding.

Tapi aku baru perasan yang benda tersebut adalah handphone aku yang aku set untuk berbunyi pada pukul 6 pagi setiap hari. Nampaknya aku hanya maki diri sendiri dari tadi. Cilaka. Nasib baik aku tak maki kaw kaw tadi. Aku seorang jenis "Morning Guy". Adalah normal untuk aku bangun awal. Lelaki yang bangun awal, kami dikatakan ada bakat untuk memimpin keluarga dengan berjaya. Bagi sesiapa yang masih mencari calon suami, boleh la mencuba. Jangan risau, aku ada 4 tempat kosong untuk di isi.

Seperti biasa, setiap pagi, setiap kali aku bangun, aku akan merenung satu objek. Aku akan memuji-muji susuk tubuh yang kelihatan dalam objek tersebut. Tak pernah gagal atau menghampakan aku walau sekali pun. Objek tersebut tak pernah menipu mata aku, aku yakin dengan apa yang terpapar dalam objek tersebut. Tak sia-sia aku beli objek yang bernama cermin tersebut di IKEA dengan harga yang agak mahal. Pelaburan yang bijak oleh orang yang bijak macam aku.

Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke bilik yang banyak menyimpan banyak rahsia lelaki dan perempuan. Bilik yang menyimpan 1001 satu misteri bagi semua orang. Bilik yang menyimpan kisah hitam dan putih. Bilik air.

Berus gigi aku capai, ubat gigi aku tekan. Aktiviti gosok gigi bermula. Ke atas, ke bawah, ke tepi dan ke dalam. Semuanya aku buat demi menjaga penampilan. Bak kata orang, hari yang ceria datangnya dari senyuman yang ikhlas dan juga gigi yang tidak kuning. Dalam asyik menggosok gigi aku terlihat satu benda yang sedang terapung dalam air. Lama juga aku tenung benda tersebut. Puas aku berfikir dengan minda separa sedar aku. Tapi yang aku pasti benda tersebut bukan hak milik aku.

"Cilaka punya housemate, berak pun tak reti nak flush." kali ni aku maki tanpa berlapik. Terus aku hilang selera nak cerita apa yang berlaku dalam bilik air lagi dah.

Hari ini hari Ahad dan sepatutnya aku keluar tengok cerita Fright Night tapi nampaknya yang tinggal hanya Good Night pada aku. Since aku tengah bosan dan idea aku nak menulis blog semakin kurang. Aku cuba sms si Syikin, gadis dari gym semalam untuk ajak dia keluar.

"Lets go for a movie, its my treat"

"Oh thax so much.. :D Today im on leave...time with family.. thax 4 ur invitation...mybe next time..but can't only 2 of us..im not available.... :p thax azlan.."

So memang terbuktilah betul teori aku yang bumper dia sudah dia dilanggar orang.

"Ops. Sorry, my bad. Send to wrong no. Haha..Sigh..need to learn to save no properly =P"

"Huh...u scared me...suddenly send that msej..its ok.. :D enjoy ur day....n 7day trial...

"Crazy for me to do that without a single salam. ok thanks. =)"

See, nampak tak macam mana aku cover supaya aku tak malu. Ego laki memang tinggi, kalau tak dah malu teruk aku tadi. Hidup mesti kena pandai cover beb. Jangan sampai orang perempuan pandang kita lemah. Tak perlu sampai nak menunjuk, yang penting rilek and cool.

Tapi at the end aku duduk rumah saja hari ni sambil bermain Angry Bird dan baca majalah Men's Health edisi bulan ni. Owh ya, aku ada sms Julie ajak dia keluar minum malam ni and she replied ok. So let see what will happen nanti.
Published with Blogger-droid v1.7.4

15 comments:

Unknown said...

sbr je la klu rutin harian mcm ni..

PinKy MoMMa said...

wahhh julie pulak dah..ke ceq tertinggal ketapi ni huhu..almaklum dh lama tak online ;p

wei housemate ang main leset je ke?
aduh pengotoq ni! ang kena kasi tazkirah kt dia huhu..

hanaahmad said...

aku sabtu ahad keja pun xdela hal beb. rindu nak baca blog kau. nmpknya mcm byk yg tertinggal ni. :)

Munn Jaafar said...

mcm mana la ang boleh tak tau dia da kwin? ADEII kan da malu...sib baik la pndai cover line...kih3

*komen lain entry lain.awat? mamai lg kot?haha

sYafIk-wAy said...

memandai jewkk ko ... eh kem slm sme awek gym tuhh . aummm !!!

Namee Roslan said...

aku punya routine lg bosan . serious. haha

Anonymous said...

gaids? pak lan..pak lan.. hahahahhaa

PinKy MoMMa said...

mana update daaa pak lann..

Syf. said...

Saya tak ingat Rutin Harian (^^) Hebat Pak Lan punya Rutin Harian :D hIhI

nazirah said...

hahaha main angry birds tu hehe.. ok kte tgu ape akan brlaku heee ;)

aizamia3 said...

detail.. ;)

NuReLLe said...

haha..cover paklan..jgn x cover...:D

NAZ said...

selagi macho jangan kasi hancur haha

Blog Eazy Izzuddin said...

hehe...
tiap hari pun bangun awal...
good..
xD

Akulah Pak Lan said...

aku tak dan reply 1 per satu. apa2 pun aku ucap terima kasih