Mencari Puteri Hang Li Po



Amaran!

Entry kali ini akan super panjang dan penuh dengan gambar-gambar yang kurang ghairah. Entry kali ini juga tidak diselit dengan apa-apa pengajaran tentang hidup atau pun mati. Watak yang ada dalam cerita ini adalah benar-benar wujud. Cuma mungkin kadang-kala ayat akan diubah oleh penulis untuk menyedapkan cerita ini sahaja.

***********************************************

Aku semakin kerap buat iklan time tengah buat cerita yang bersambung. Tapi jangan risau, belum masih tegar untuk menjadi tabiat. Hell yes, iklan aku cuma berkisar tentang cerita-cerita hidup aku. Tapi cerita hidup aku memang menarik, kalau tak mesti korang tak akan baca kan?

"Eh jom pergi Melaka?" itulah ayat yang aku post pada wall Facebook Mas Ahmad Safwan.
< p>


"Buat apa?" aku rasa dia masih tidak tahu tujuan sebenar aku nak ke Melaka.

"Aku nak p makan mee bandung." ini cuma adalah alasan aku semata-mata yang sememang langsung tak logik dek akal yang bijak.

"Aku ok ja. Cuma duit tak ada" budak-budak yang masih study memang selalu ada masalah ni. Aku tahu, kerana aku pernah berada di situasi yang sama.

"No problem. Since aku yang memang nak pergi sana. Minyak dan Tol tak payah risau" Ini cara aku, kalau aku dah ajak orang. Of course aku tak akan berkira.

Kami bertolak dari KL lebih kurang pukul 10 pagi. Perjalanan sepatutnya tak lama. Tetapi kerana aku sudah berjanji untuk tiba di Merlimau dalam pukul 12 lebih, so aku sengaja bawa kereta dengan berhemah. 120km/j, sangat cermatkan? Tolong percaya ini kelajuan minimum yang mampu aku bawa tanpa terlelapkan mata.

"Hello kakak, kami dah kat depan Politeknik Merlimau ni. Rumah kakak kat mana?" mas sedang berbual dalam telefon dengan orang yang kami nak jumpa. "Owh ok-ok" sambung dia lagi seakan berbual sorang-sorang.

"Ok, kita nak tunggu mana ni?" aku menyampuk sejurus dia habis berbual. Tak sempat bernafas walaupun sesaat. Aku tak kasi peluang.

"Kau gerak ke depan sket. Depan tu ada 7E. Kita tunggu kat situ" terang dia sambil menunjukkan jari telunjuk ke depan.

Kereta yang aku parking di tepi tadi, terus aku bawa ke jalan utama. Menyusur perlahan-lahan sambil mencari kelibat 7E yang di maksudkan. Tak lama. Sekejap saja dah jumpa. Memang tak jauh. Kalau orang kata, perjalanan Hang Tuah dan Tun Mamat nak meminang Puteri Gunung Ledang memakan masa berhari-hari namun perjalanan kami memakan masa cuma beberapa detik sahaja.

Keletak..

Bunyi pintu kereta dibuka. Kelihatan kelibat 2 orang gadis cuba untuk masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang macam pencuri.

"Assalamualaikum..." salam diberi seolah-olah tuan punya suara berumur 6 tahun. Aku pasti suara tersebut adalah milik suara kanak-kanak riang yang masih belum akhir baligh. Sangat pasti. Salam masih belum aku jawab. Aku cuba mencari kepastian dengan menoleh ke belakang. Tiada budak-budak, yang ada hanya dua orang gadis. Aku cuba mencari kaki mereka untuk memastikan mereka bukan pontianak. Kolot sungguh aku. Tapi kenapa bebal sangat aku ni, pontianak mana siang-siang macam ni. Apa kaitan pontianak pulak? Sebab tadi aku terdengar ketawa mengilai masa mereka masuk.

"Walaikumussalam" akhirnya salam tersebut aku sambut juga. Mungkin tuhan jadi mereka dengan suara tersebut untuk bermanja-manja. Walaupun suara budak-budak, tapi wajah mereka comel, lawa. Seiras Julie. How I miss her lately. Tapi apakan daya. Tiada lagi kekosongan untuk aku. Mungkin ini salah satu sebab aku membawa diri ke Melaka. Mungkin.

"Men who love a women because of her weekness, they will not forget her forever"

"Nak ke mana kita ni?" soalan standard aku kepada orang yang akan jadi pemandu arah untuk hari ni.

"Jap-jap, sebelum tuh kita ke Jasin ambik kawan aku sorang lagi" sampuk Mas. "Dia blogger jugak" sambung dia lagi.


"Ok ok, tapi kau tahu ka rumah dia kat mana?" aku yang sedang memandu cuba untuk memperlahan kenderaan agak tidak tersasar dari haluan. Mas mula bercakap dalam telefon. Cuba memastikan arah yang patut kami tuju. Kemudian diserahkan kepada Fiza Fizz untuk bercakap. Mungkin tanggapan dia, orang setempat dapat menangkap jalan yang dimaksudkan dengan lebih baik dan tepat.

"Ok, korang tanya la dia dulu. Aku nak berenti kat depan stesen minyak ni kejap" Aku dah tak tahan nak terkencing. Takkan nak cakap depan-depan gadis yang baru aku kenal. Malu la dowh. Terkedek kedek aku berlari ke tandas.

Shuu...

Lega sungguh. Aku berjalan menuju balik kereta. "Ha dah dapat arah?" tanya aku dengan nada habis macho.

"Pusing belakang ni then jalan menegak." dengan yakin si Fiza Fizz memberi arah kepada aku. Susunan ayat memang cukup tepat. Aku cuba pusing kereta ke belakang. Kemudian aku pandang pada gear kereta aku lama-lama. Mencari gear yang membolehkan aku bergerak menegak. Tapi aku gagal. Aku mula sangsi. Dia ni pakai GPS version berapa? Tak pernah plak aku dengar perkataan "MENEGAK" dalam arah jalan seumur hidup aku.

"Menegak?" hanya itu satu-satunya perkataan yang keluar dari mulut aku ketika itu. "Ha! ke mana tuh?" sambung aku lagi yang masih sangsi.

Fiza Fizz dengan jari telunjuk berserta mulutnya mucung ke depan sangat yakin dengan arah yang diberikan dia. "Tegak".

Nampaknya orang Melaka memang punya istilah sendiri dalam memberikan arah. Aku terpaksa redha. Dalam hati dah gelak sampai mati. "Owh, terus rupanya." aku cuba membetulkan arah aku sendiri. Aku cuma mampu tersenyum. Sambil itu aku mendengar dua beradik ni bertekak sesama sendiri. Adik beradik memang suka bergaduh. Pergaduhan, mengeratkan.

Jauh jugak rumah budak yang kami nak pergi ni. Sesat 2,3 kali baru nak sampai. 9999, nice betul no rumah dia. Aku ingat rumah chinese mana la mula-mula. Abaikan cerita pasal rumah dia. Mungkin hanya no tuh boleh bawak pergi tikam dekat 4D.

Kami ambik keputusan sepakat untuk lepak di bandar hilir. Memudahkan aku untuk pergi mencari kelapa shake, dan juga memudahkan si Fiza Fizz untuk mengepaw aku BR. Demm, dia ingat. Kasaq.

"Ok, kita mulakan sesi 5 minit memperkenalkan diri" aku terpaksa mengambil langkah mula apabila semua diam seribu bahasa bila berada di depan meja makan. Masih menanti makanan yang dipesan tiba. Chicken rice shop.

Masing-masing memperkenal diri masing-masing. They all very sporting walau pun pada mula masing-masing pakat menunding jari meminta orang lain memperkenalkan diri dahulu termasuk aku. Tiada apa yang menarik time ni kecuali aku dapat tau nama penuh semua orang, kecuali seorang blogger seakan punya banyak rahsia.

"Nak ke mana kita lepas ni?" soalan aku tujukan kepada semua budak-budak Melaka yang ada. Masing-masing buntu, seolah tidak pernah menjejakkan kaki ke Bandar Hilir.

"Kita bangunan Merah sana la." si Fiza akhirnya bersuara sambil menunjukkan arah menggunakan muncung mulut dia.

"Kat sana ada apa saja yang best pun?" aku yang cuba meneka apa yang bermain diminda dia.

"Takpa, kita boleh try naik bukit tuh, aku tak pernah naik lagi situ." pinta Mas.

Ok juga pikir aku. Lagipun sebelum ni belum ada lagi video yang bertajuk "St Paul.3gp" yang dibuat di sini. Mungkin kami berlima akan jadi perintis. Angan nakal aku.


Namun, penat mendaki tangga telah meletihkan kami untuk membuat aktiviti yang ekstrem di atas bukit. hanya kamera yang banyak bergerak ke sana ke sini. Hampa dengan keadaan yang sesak di atas bukit kami turun ke bawah dengan harapan untuk memakbulkan niat aku datang ke Melaka.


Saki baki makanan dalam perut masih banyak. Masing-masing pakat mengusung perut ibarat ibu mengandung hingga tiba di bawah. Sekali aksi lincah kamera menjadi taruhan agak semua orang menjadi aktif.

Setelah berpenat-penat berposing, akhirnya kami semua mengalah dengan kamera. Tujuan kami seterusnya adalah ke pantai Kelebang. Mencari kelapa shake yang mana benda yang telah hampir 3 bulan aku paw si Fiza Fizz untuk belanja aku. Saat itu semakin menghampiri. Aku dah tak sabar.

Kereta aku pandu ke pantai klebang berpandukan arah sign board. Ingat-ingat lupa. Yang lain memang tak pernah jumpa kelapa shake. Apatah lagi nak sampai ke tempat yang aku nak tuju tersebut. Ingat aku yang samar-samar telah memaksa aku mengambil selekoh yang telah menyebabkan tujuan asal aku nak ke Melaka telah gagal. Aku telah tersimpang dari jalan yang benar. Waktu dah senja. Kedai pun telah hampir tutup. Kalau berpatah balik pun umpama mengejar benda yang telah hilang. Aku bebal, aku sesal.

Akhirnya sirih pulang ke gagang. Masing-masing aku hantar balik sampai ke pintu rumah dan diakhir skali aku bawa hati yang lara kerana dek kempunan kelapa shake balik ke rumah.

Selamat tinggal Puteri Hang Li Po semua.

***********************************************

Terima kasih pada yang terlibat dalam menjayakan cerita bodoh ini.
Fiza Fizz, Adik Fiza Fizz, iaitu Hafidah, Wan Ahmad Safwan, Amira Atiya

Owh yaka, aku terlupa nak ambik gambat sendiri.

Published with Blogger-droid v1.7.4

31 comments:

FizaFizz said...

"menunjukkan arah menggunakan muncung mulut dia" ceittt!

ehh2, terlupa ambil gmba sendiri ke MEMANG TAKNAK?? keh3 :P

Unknown said...

sebelum baca entry, usha gmbr dlu, ingt kan kamu yg berkaca mata itu.
kalau itu kamu, rasanya mcm bukan. kerana dari gaya penulisan kamu, bukan lah sejambu itu. hehe.
bila baca entry nye, ya bukan kamu. oh rindukan julie? ikutkan mls nak komen entry ni sbb kamu pegi melaka tak ajak saye.
ok merajuk -_-

Wadi AR said...

ingat kau yg pakai spek tu. jambu gle. kahkahkah


*ade buah tgn tuk aku x?

Anonymous said...

eeh....segaknya jejaka itu..adakah itu pak lan? hahhahahha...soklan maut..

hanaahmad said...

haram ngajokkkk~....comelnya anak ikan tuh! kih3

Akulah Pak Lan said...

FizaFizz:Shu...diam2. Haha, kantoi sudah

Akulah Pak Lan said...

Ezan:macam la kau duduk dekat semenanjung. kalau kau duduk dekat confirm aku ajak aih.

Akulah Pak Lan said...

Wadi: buah hati ada la, kau nak? haha

Akulah Pak Lan said...

zoey: berkenan nak buat skandal ka? ops course itu bukan aku

Akulah Pak Lan said...

hanaahmad: hahaha, amboi anak ikan kau kata? isk2

PinKy MoMMa said...

wei 1st time aku tengok entry ang betul betul ada gambar perempuan hahaha..slama ni nama jer ;p

dating sampai ke melaka..tak hengattt..

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

melaka ad me bandung ker dik??..

tuh kat muar lah dik..

seronok x dtg melaka ;0

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

ya allh...maaf lah yer..
ingat adik2 td. ;p

ok maaf yer..hhahhhaa..

ok lain kali dtg melaka lg..mmg sgt seronok..semua tempat dpt pergi x?

Akulah Pak Lan said...

pinky momma: so skrg dah percaya betapa buasnya aku? haha

Akulah Pak Lan said...

Elin : try pergi cari kat medan makan kat pekan durian tunggal. situ ada mee bandung yang sedap. Btw I am 27 years old. older than u :-)

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

tuh ler...gamba mcm kanak2.. ;) peace..

nazirah said...

la pak lan.. bestnye p jmpe fiza fizz.. tingin nak p jmpe die. comei kot..hehe... bru taw upenye pak lan p sana nak carik coconut shake... takpe len x p carik lg ye jgn lpe ajak cci lak heee ;)

Akulah Pak Lan said...

Elin: Dulu study Melaka. Pergi melaka tuh saja nak gedik2 ja. no need to say sorry :-)

Anonymous said...

hueh98 kemain pjg lagi.. jgn risai i bce smpi habes tau.. eh i pulak-.-"

g melaka mmg best kan^^ rindu dah kat melaka

Akulah Pak Lan said...

El-Janna: I la sgt aih. Jom, aku nak pergi lagi bulan depan.

Namee Roslan said...

wooo, pi Melaka!! :D jauh kau jalan nk makan mee je ke hape ? haha. aku dah lama x pi sana.

Munn Jaafar said...

mmg pjg entry ko paklan~
aku ngat ko yg pkai spek tu..haha mcm nerd je..kih3
sib baik bkn!

Akulah Pak Lan said...

Namee: jauh jalan sebab ada maksud tersirat. kah kah kah. wei jom p outing kat melaka?

Akulah Pak Lan said...

Munna: amboi, kata kat orang nerd no. wei tula wan ahmad safwan. p la visit blog dia

Anonymous said...

takmo scandal2 mehh..

Akulah Pak Lan said...

zoey: haha

hanaahmad said...

aku suka anak ikan. hahahahah

NuReLLe said...

haaa..lme gila x rasa coconut shake pantai kelebang..

Akulah Pak Lan said...

hanaahmad: amboi kau

Akulah Pak Lan said...

Nurelle: jom p bulan depan

puteri kasih said...

pi tak ajak :P

macam mana leh lupa ambil gambar sendiri ek? Ke Pak Lan saje tak nak letak..takut saham makin naik :P hehehehe