Gwa dah bosan tulis cerita guna ayat baku habis. Gwa tau korang memang rasa gwa ni memang orang yang skema bendul. Dengan berbekalkan entry yang bakal gwa tulis ni, gwa nak buktikan kat korang yang gwa pun kadang macam cilaka jugak dalam merosakkan bahasa.
*************************
Hari Rabu hari lepas gwa ada mintak cuti kat bos gwa. Macam biasa, kalau jantan berbulu macam gwa mintak cuti kat bos laki memang susah dia mau kasi lulus. Kalau yang mintak tuh pakai skirt pendek, kaki tirus,baju ketat bonjol sana bonjol sini, confirm dia sign tak cakap banyak sebab mata dia tak tertumpu pada borang cuti lagi dah. Tapi takkan gwa nak pakai skirt plak? Gila, nanti dia kata gwa buang tebiat. Tak pasal-pasal gwa kena chop jadi nyah berbulu lebat.
Pftt~ Gwa masih normal.
Sudah habis ketat muka gwa buat, kalau terlebih ketat nanti dia ingat gwa gay plak. Bos sekarang pun sudah pandai, asal mintak cuti ja mesti dia tanya gwa nak pergi interview dekat mana. Kang gwa pergi interview betul-betul kang baru padan muka dia kena cari orang baru. Gwa tau la gwa agak penting dalam company gwa kerja sekarang (ok gwa perasan seminit). Alasan personal matter gwa sudah tak laku macam biasa. Akhirnya gwa mengalah, gwa bagitau yang gwa ambik cuti sebab nak hantar adik angkat gwa pergi konvo.
Cuti gwa lulus. Gwa happy macam baru orang kena loteri. Korang tak tau macam mana rasa kena loteri? Gwa cadangkan lu orang pergi try sekali dua. Kalau dah menang nanti, cuba cerita dekat gwa apa korang rasa. Kita tinggal cerita pasal loteri, sebab gwa rasa korang pun memang tak berminat nak tau pasal loteri dan lagi pun loteri ni tak sepenting apa yang gwa nak story kat korang.
Adik angkat gwa, Ina gwa panggil dia. Jangan tanya banyak mana gwa kenal dia, sebab gwa pun dah kurang ingat. Kalau gwa nak decribekan dia, mesti korang mesti tak percaya punya. Korang cuba bayangkan wajah Lisa Surihani yang bertudung bak Heliza Helmi. Suara pulak selunak Yuna. Bentuk badan pulak lu orang cuba bayangkan Megan Fox. Dah dapat bayangkan dah? Ok, dia memang tak ada langsung ciri-ciri seperti di atas.
"Mula-mula adik angkat lepas tuh awek angkat"
Gwa dah bosan dengan ayat macam ni. Korang jangan pula nak buat gosip murahan kata gwa minat dekat adik angkat gwa sampai gwa sanggup mintak cuti untuk hantar dia pergi konvo. Tolong la, nanti habis tercalar status gwa sebagai lelaki single. Kesian dekat gadis-gadis yang bakal jadi awek-awek gwa. Tak sempat diorang nak mengorat gwa.
Tut...tut..tut..
Bunyi nada dering telefon yang bosan seperti biasa.
"Assalamualaikum Ina" salam ni tanda yang gwa ni masih lagi seorang yang beriman. Percaya tak?
"Walaikumussalam. Kat mana dah?" adik angkat gwa agak kelam kabut sebab pagi tadi gwa bangun sedikit lambat. Biasa la lelaki melayu terakhir macam gwa. Janji pun mau melayu jugak.
"Sampai dah ni. Turun cepat." gwa jawab dengan nada yang agak pendek sebab gwa malas nak dengar dia berceloteh.
Sambil gwa tunggu dia, gwa sempat tengok gadis-gadis yang bakal nurse lalu depan gwa. Tingkap kereta gwa dibukak habis sambil gwa letak bisep gwa yang bermuscle untuk menarik perhatian mereka. Tapi usaha gwa terbantut sebab Ina dah sampai. Dia masuk kereta gwa sambil buat muka bebal dia "Apasal lambat?". Gwa hanya tersenyum sengih.
Gwa cancel niat gwa nak usha sorang dua bakal nurse kat situ. Terus gwa pandu kereta menuju ke PICC Putrajaya, tempat dia konvo. Sepanjang perjalanan kami senyap tak bercakap sepatah pun.
"Ni apasal senyap ja ni? Awat tak bayaq bil radio ka?" tegur dia sambil memang muka gwa yang boleh dikatakan hensem dari kalangan lelaki yang mempunyai wajah typical melayu jawa.
Demm! Memang kasaq teguran dia. Gwa hanya tersenyum sengih kerang busuk. Tangan gwa menjalar mencari bonjolan. Gwa tekan perlahan-lahan. Lalu nada suara merdu pun keluar.
"If I die young, burry me in sand...."
"Cis! lagu mati pagi-pagi buta macam ni. Tak ada lagu lain ka?" maki gwa dalam hati kecil gwa.
Gwa dengan Ina sampai PICC on time walaupun gwa tak tau sangat jalan nak kena sana. Tambahan gwa memang superbad dalam navigation ni. Orang cakap, orang tangan kidal macam gwa ni memang ada masalah nagivigasi. Gwa tak tau mana diorang dapat fakta ni, tapi gwa rasa kadang kala fakta tuh boleh pakai.
Ina gwa tinggalkan dia lepas gwa hantar dia masuk ke dewan. Gwa plak lepak luar sambil dok usha bakal-bakal nurse yang akan berkhidmat nanti. Mana tau rezeki gwa nanti dapat terserempak dengan mereka di mana-mana pusat perubatan nanti. Gwa memang pantang tengok gadis dalam uniform nurse. Mesti banyak benda menarik yang boleh berlaku.
Fikiran gwa terus melayang jauh.....
Published with Blogger-droid v1.7.4
21 comments:
dah melayang sampai mana ah tu ,
gua lu gua lu..hehe, gadis melentik, mintak apa pun dapat. welll.
nak nurse jugak. sibbek bkn cikgu
hang kidal paklan? sama la kita..hahaha
*dah cerita adik angkat pulak dah =P
Nalisa: alu belum habis melayang
Namee: well, u know me
wadi: cikgu takdal uniform
munna: bosan asyik cerita pasal gadis saja
nak carik doc melentik r cmni..gugugu
hahahah alahaiii nurse ke minat ? takleh norat r camni.kahkahkah
a nurse?
i like...
pasti jelita nanti
nurelle: amboi. gudluck. hehe
tomatokering: tak minat nurse saja, minat semua gadis dalam pakaian uniform
eazy : ofcourse
amboih tukaq gaya penulisan ka? hehehe
hahaha da agak da.. mmg minat nurse la tu .. hehehe.. melayang jauh ek pak lan haha mcm2 ;)
aktiviti seharian...
puteri kasih: sekali sekala :-)
nazirah: jauh sgt sgt
iwan: komen kat entry yang salah ni
terbaik (y)
Post a Comment