"I love you dear" bisik Nasya yang sedang dalam keasyikan pada telinga aku.
Agak lama aku tidak mendengar perkataan sebegitu dari mulut insan yang bergelar gadis. Tapi bila diingatkan balik, rasanya memang tak pernah pun perkataan berikut diajukan kepada aku. Kalau diimbau balik kenangan aku, memang aku tidak pernah bercinta dengan sesiapa pun. Memang agak hipokrit bila berkata macam ni, tapi inilah hakikat perjalanan hidup lelaki macam aku. Dari sekolah, matrikulasi, universiti dan mahu pun alam pekerjaan, secara officialnya aku memang tak pernah bercinta. Namun ada beberapa gadis yang pernah muncul dalam hidup aku namun itu semua cerita yang tak ada kisah cinta.
Gadis K,
Memang terkenal pada zaman sewaktu aku sekolah dulu, aku cuba mendekati dia. Tapi what you all can expect from a loser dalam semua hal yang tetiba nak dekat dengan gadis yang super hotui fames. Kulit dia sangat putih, orang dia sangat lemah lembut dan penuh dengan sifat keayuan gadis melayu. Terima kasih pada sikap stalker aku yang agak professional, aku secara "tidak" sengaja dapat berjumpa dengan dia dalam Facebook tahun lepas. Dengar kata kulit dia dah semakin gelap, sifat kegadisan dia pun dah semakin kurang kerana sekarang dia berkhidmat dalam bidang ketenteraan. Memang betul kata orang, ada hikmah untuk semua perkara.
Gadis N,
Aku kenal dia sewaktu aku buat part time masa lepas PMR. Sebenarnya aku nak tackle mak ngah dia yang muda 1 tahun dari dia. Tapi aku tak berapa ingat macam mana, dia pulak yang bagi respon. Kami cuma sempat keluar 3 kali. Dalam 3 kali keluar tuh, dia yang belanja aku. Termasuklah makan dan minum, lepas tu terus lost contact sebab aku ke utara dan dia plak ke selatan. Sampai la sekarang. Kami tak sempat nak declare apa-apa pun perhubungan kami. Aku rasa menyesal pulak tak minta email dia dulu, kalau tidak pasti sekarang duit gaji aku tak pernah disentuh.
Amoi T,
Sebenarnya aku kenal amoi T dulu berbanding Gadis N, tapi aku malas nak arrange in sequence. Kalau aku arrange pun, tak bawa sebarang makna pada aku. Aku pernah cuba untuk tackle amoi T dengan berbekalkan Sausage McMuffin yang aku beli menggunakan duit sekolah yang aku kumpul selama seminggu. Pelahap sungguh dia, burger dia habiskan lepas tuh dia cakap "Toce" dan terus blah macam tuh saja. Aku tak sempat nak cakap "Kita cutting half-half ya". Amoi T, kalau you ada baca blog I ni. I nak you tau yang you ada hutang I separuh Sausage McMuffin.
Gadis A,
Aku kenal dia sewaktu di universiti dulu. Aku yang waktu itu ingin sangat nak tahu perasaan bercouple cuba untuk memikat dia. Memang berjaya, tapi aku hanya sekadar untuk suka. Aku hilang pertimbangan antara sifat perikemanusian dan juga sifat ingin tahu aku. Sepatutnya antara kami memang tak sepatutnya berlaku. Kami cuma sepatutnya berkawan sahaja. Aku memang tidak ada perasaan apa-apa waktu itu semasa dengan dia. Sekarang dia dah berkahwin, aku sebenarnya agak malu untuk tunjuk muka pada dia waktu kenduri dia 2 minggu yang lepas. Aku harap dia bahagia dengan husband dia.
Gadis I,
Satu-satu gadis yang aku kenal ditempat kerja 3 tahun lepas yang membuatkan hidup aku jadi seperti orang gila. Aku tak tahu kalau ini yang orang katakan cinta. Aku memang ikhlas ingin bersama dia, tapi apakan daya, takdir aku telah menyatakan yang aku memang dilahirkan untuk jadi loser dalam bab-bab ini. Dia telah berpunya sekarang. Mungkin dia tak tau yang aku tau. Ini termasuklah nama penuh dan jugak apa pekerjaan laki tersebut. Sekali lagi terima kasih pada sifat stalker aku yang professional. Kami hanya kawan sekarang.
Gadis M,
Pertemuan semula yang berlaku dalam ruang Facebook. Kami dulu cuma kenal-kenal tapi tidak rapat. Aku pernah merancang untuk memberikan sepenuh komitmen pada dia. Tapi manusia hanya mampu merancang, aku tak tahu atas sebab apa dan dasar apa dia mula menjauhkan diri. Bagi aku, kalau perempuan bersifat begini bermaksud dia dah ada yang lain. Well it is ok with me. Aku dah biasa menjadi loser.
Kalau ada yang bertanya apa maksud cinta pada diri aku, cerita inilah jawapan aku kepada mereka. Ingin sahaja aku katakan "Ya" pada parent aku kalau mereka kata, mereka ingin jodohkan aku dengan anak tok imam yang baru balik dari Mesir. Tapi bila aku muhasabah balik diri aku, aku rasa aku tak layak untuk insan semulia itu.
"I love you too" respon aku kepada Nasya sambil melayan kehendak dia.
15 comments:
berani amik risiko dan kena berani terima risiko..baru dapat memikat hehe
ada apa dengan cinta eyh??
banyak dikelilingi gadis paklan ni. pasni carilah bakal ibu kpd anak2 kau pulak. moga dapat mendidik ke jalan yang benar...ekekek.
pak lan...paklan....try n error...hehe.. semoga dapat jodoh yg solehah la nanti..
cinta ada segalanya yang kehidupan ini boleh berikan. ececececeh ;)
tapi tu lah, bukan mudah nak dapat cinta.
Earning Nuffnang Lebih Tinggi Dari Cik Epal !
cool. nver knw that paklan pndai menulis. haha. btw syed putra tak menemukn anda dengn any ghadis meh? :P
hehehe pakcik2x... in such a looser pown... u still a player.... thats worth for u... it might ur skills kowt hahahah hi, sebut2 CINTA2 ni.. xkan hati yg dah kering dah jadi lembab kowt... tulah " Sekeras2 kerak nasi , lama2 lembut juga kalo direndam" .... I LOVE PAKCIK ehhehe
cik GKSB:
tak dak apa2
hanaahmad:
sedang menunggu jawapan
::Mastura Zakaria::
dok tgh try la ni...error byk sgt..
Miss Y and Her World:
duit tak penting?
LittleAngel:
Penulisan aku saks...kenapa reveal syedputra kat sini? kan dah kantoi..btw ada ka gadis kat syedputra?
WARTAWAN KIKIE:
kerak nasi sedap jugak kalau makan dgn madu
salam kenal..nice blog..oredy follow ur blog:))
HEHE. hero gadis gadis ni :D
mak aihhh playboy !! buaya !! apa lagi..apa..kahkahkah..tetiba.
banyak nye pompuan oii.. mana la tak rambang mata..haha
honey amour:
thanks
EYFAalias:
loser kot
vampire's lovex:
baca btol2 ka tak ni? cuba paham btoi2
haha bro gua setakat ini tak pernah bercinta secara mainan. sebab selalunya cinta gua serius haha sebab gua memang cari buat stok isteri. bukan stok geli geli hahahaha kalau jodoh baru kita tahu rasa gelojoh :)
naz:
aku tak tau maksud CINTA...
cerita aku tuh la pemahaman aku tentang cinta..
Stok cinta mudah nak cari..
tapi bila sebut soal BINI..tak mudah..dan tak senang
pak lan nak nasya pulok dahhhh..
ce ang pikat minah ke jenab ke?
hehehe...wei aku nak antar anak aku kt ang..bawak pi tgk kung fu panda..kompem nasya pun takut nak dekat hahaha..status (i dah kawin ekeke)
masa yang menentukan ;) gudluck, ull find ur true luv..
Post a Comment