Tentang Wanita

Irene seperti tidak dapat melupakan aku. Seminggu selepas kali terakhir kami berjumpa, dia seakan terus menghantui hidup aku. Tak cukup dengan sms dan call, wall Facebook aku pun dicemarinya dengan ayat-ayat pujukkan supaya aku kembali ke sisinya. Nasib baik dia tidak mengetahui yang aku mempunyai blog. Kalau tidak, sudah pasti diruangan comment blog aku pun akan penuh dengan kata pujuk rayu dia. 

"I miss you. Give me another chance"

Aku jadi semakin rimas dibuatnya. Dengan minda separa sedar aku ditambah pula dengan flu aku yang masih tidak mahu hilang, aku jadi blur. Aku terus mengdeactivatekan Facebook aku. Aku tahu ini keputusan yang kurang bijak yang telah aku ambil. Aku jugak telah menutup telefon bimbit aku untuk sementara waktu. Mungkin aku akan kehilangan ramai stok-stok gadis baru yang lebih lentik dari dia, tapi aku sudah tidak tahan dengan desakan dia.

"I need you dear"  

Begitu bodoh si Irene ini, dia masih tidak sedar yang aku hanya mahu sesuatu yang hanya ada pada gadis tapi tidak pada lelaki. Inilah sifat wanita yang dikatakan buta pada cinta. Aku sangat paham kenapa mereka dikatakan insan yang memiliki 9 nafsu dan 1 akal. Mereka lebih taksub kepada element perhubungan yang dikatakan cinta berbanding menggunakan akal mereka yang 1 itu untuk berfikir. Lelaki seperti aku memang gemar untuk menggunakan kesempatan seperti ini untuk mempermainkan hidup mereka. Hati mereka nipis, senang untuk aku bolos dengan kata-kata dan juga sedikit perhatian. 

Golongan gadis yang paling senang untuk didekati adalah gadis yang hati mereka sedang terluka. Disaat ini mereka sangat memerlukan seorang teman disisi mereka. Jiwa mereka amat lemah ketika ini, akal mereka tidak berfungsi dengan sepenuhnya dimana perasaan lebih diutamakan. Mereka akan menangis, bersedih dan merintih. Hakikat tentang wanita tidak akan pernah berubah. Sekental mana pun mereka, mereka akan kalah jua dengan perasaan mereka sendiri.

"I really love U dear"

Gadis Hanky Panky seperti Irene sedikit berbeza, gadis yang pantang melihat lelaki berdahi licin seperti aku. Gadis lebih terdahulu yang akan memulakan bicara untuk mendekati lelaki yang mereka suka. Seakan perigi mencari timba, mungkin kerana desakan usia. Tapi dia tidak banyak berbeza dengan gadis biasa, punya hati dan rasa. Namun masih mampu untuk kecewa.

Ubat batuk dan selsema aku telan bersama, fikiran hilang aku entah ke mana. Aku terus lena tanpa memperdulikan dia. Sekali ku ludah, tidak akan aku jilat semula.


47 comments:

kotak bulat said...

da terlepas beberapa cerita..jd kena patah balik tuk bace entri2 yang lepas.. hehehe..
xperasan lama jugak kb duk membaca kat sini...
best.. :)

Almade_Nespesor said...

sedap betul ayat2 ko buat... irene ni makwe pak lan ea

Rtp Farra Arisha said...

bermonolg kah apa ni? nice writting :))

~Kenanga Suchi~ said...

Golongan gadis yang paling senang untuk didekati adalah gadis yang hati mereka sedang terluka. Disaat ini mereka sangat memerlukan seorang teman disisi mereka. Jiwa mereka amat lemah ketika ini, akal mereka tidak berfungsi dengan sepenuhnya dimana perasaan lebih diutamakan. Mereka akan menangis, bersedih dan merintih. Hakikat tentang wanita tidak akan pernah berubah. Sekental mana pun mereka, mereka akan kalah jua dengan perasaan mereka sendiri.



aku setuju dengan ini...

puteri kasih said...

cerita ttg si irene ni dah semakin interesting

Echin Nadiossa said...

Ayat sweet sesado.tp memang best ^^

vampire's lovex said...

wahhhh ayat last tu macho.. hahaha..

sekali ludah jangan jilat..betoi2..wat malu je kalau amik balik...

Akulah Pak Lan said...

kotak bulat:
patut dah lama tak nampak..silakan

Akulah Pak Lan said...

Almade Nespesor:
Pak Lan playsingle ok...

Akulah Pak Lan said...

Rtp Farra Arisha:
almost towards that..thanks btw

Akulah Pak Lan said...

~Kisah Hati~:
=)

Akulah Pak Lan said...

puteri kasih:
yaka..tah la..

Akulah Pak Lan said...

Echin Nadiossa:
Thanks

Akulah Pak Lan said...

vampire's lovex:
geli kot

Akulah Pak Lan said...

eila:
tak perlu ayat2..dah memang semula jadi pun wanita memang mcm tuh kan?

vampire's lovex said...

pehhh bangun awal tuuu pak lan..caya lahhh... hahaha

jap,pesal geli plak... tollonggg aaaaaa....

Akulah Pak Lan said...

vampire's lovex:
wa tak tido lg

cik bulan said...

aduyai..patut la komen kat entri kite cam pastah jek..muahahaha..ada la tu nnt yg sesuai ngn kamu..chill k..hak3

F_H said...

hidup pak lan...

koh koh... moge berjaya..

Akulah Pak Lan said...

cik bulan:
kah kah kah..

Akulah Pak Lan said...

LinE PuTih LiNe HiTaM:
hahaha..

fisya sabri said...

waaahhhh, aku yang pada ketika ini hilang minat untuk membaca novel, tertarik untuk membaca entry yang lepas...sungguh kuat perasan ku untuk membaca kisah sebelum ini...cewah!!, aku yang terinfected turut bermonolog...

vampire's lovex said...

weiihhh pak lan,letak la shoutmix,boleh nak gosip dengan kau...hahahaha...

OT ke hape x tdo2 lagi..xkan jaga anak kot?? anak tekak? hahahahha

Akulah Pak Lan said...

Kak Lang:
Bermonolog hanya sekali sekala..bosan jugak kalau selalu..

Akulah Pak Lan said...

vampire's lovex:
Aku buang shoutmix berikut bebal aku terhadap perkataan "I already follow u, u follow me back". Takpa..nanti aku masa aku letak twitter aku.. tuh pun baru buat..

Aku memang tak leh tidur..tah..sakit kepala sebab flu kot

PinKy MoMMa said...

sian irene hukhukhuk..
dah dah pi cari yg lain..

periga cari timba la ang ni kohkohkoh

NuReLLe said...

erkk..pe ke Bijaksana sgt perempuan tu??belambak lagi lelaki lain de wehh..hadoii..

CikRangers (CR) said...

kesian gak kt irene..but wat to do..weh,jgn lupa makan ubat ye pak lan.kang flu makin teruk.huhuhuhuhu

hanaahmad said...

jadi, aku rasa kau sbg lelaki seharusnya melindungi gadis2 yg lemah ni. ok paklan, aku tunggu nama gadis yg seterusnya. ekekeke

phentermine said...

A nice post.

Akulah Pak Lan said...

PinKy MoMMa:
Lumrah alam...

Akulah Pak Lan said...

NuReLLe:
Bila akal dibatasi perasaan..jadi mcm ni la..

Akulah Pak Lan said...

CikRangers (CR):
Thanks..you orang pertama yang suruh i makan ubat selain doktor

Akulah Pak Lan said...

hanaahmad:
Aku dah penat jadi baik...

Akulah Pak Lan said...

phentermine:
you understand in malay or not?

Marcella said...

tu dia..kesian lax si irene tu..

Anonymous said...

skarang saya fhm ini btl2 or...hihi teruskan okes!

Akulah Pak Lan said...

Marcella:
Abaikan dia..dia kurang penting dalam hidup i

Akulah Pak Lan said...

zOeY zAu YaH:
dah paham? bgs la...

NAZ said...

kasihan diaaaaaa. bak no tel dia bagi kat gua pula hahahaha

Akulah Pak Lan said...

naz:
0127XXXXXX haha...decrypt sendiri..

Anonymous said...

salam pak lan..agak2 kalo nak mintak pak lan tak ganggu "irene" lg bleh x?

Akulah Pak Lan said...

Anonymous:
Tak siapa kenal Irene kecuali aku.

Jadi jgn buat kesimpulan Irene dalam blog ini adalah "Irene" yang kau kenal.

What are in this blog..lets its remains in this blog.

amny said...

Cerita ats ni mang betol2 or rekaan???hehe

semangat nk tahu....:)

Anonymous said...

Paklan2.. .. :-D i tod knp lah.. Haish..

Akulah Pak Lan said...

amny: no komen

Akulah Pak Lan said...

Anonymous:
=)