Kembali

"You, nanti pickup I kat KL Sentral ya" pinta aku pada Irene.

Aku tahu Irene tidak bekerja hari ni. Walaupun dia masih merajuk dengan aku kerana tidak membawa dia bersama, tapi aku sangat pasti dia tidak  sabar untuk bertemu aku. Sebenarnya aku hendak menjauhkan diri dari ibukota selama seminggu, tapi apakan daya jiwa aku meronta untuk pulang. Danok sebenarnya lebih hebat dari ibukota Kuala Lumpur dan jugak Sabah. Lebih sosial dan lebih terbuka. Apa yang ada di KL dan Sabah, semuanya ada di Danok. Tapi apa yang ada di Danok tak semestinya semua ada di KL dan Sabah.

"Eh! awalnya you balik. OK, nanti dah sampai roger me ok. Hihi!" jawab dia dengan ketawa riang. 

Tak hairanlah kenapa ramai pemuda yang masih bujang kerap ke sana, yang dah kahwin pun sama naik dan yang sudah berusia pun ikut sama. Semasa aku di sana, aku banyak terserempak dengan anak-anak muda dari Malaysia. Kebanyakannya masih berhingus, tertewas dalam antara perjuangan mencari pengetahuan dan pengalaman. Alasan yang digunakan sudah lapuk ditelan zaman, alasan yang sama aku guna sewaktu aku sebaya mereka. "Ikut kawan".

Remaja memang selalu ingin mencuba, tapi mereka tak sedar yang kadang-kadang benda yang dicuba akan memudaratkan diri mereka. Mereka akan semakin alpha dan seterusnya ia menjadi sebahagian daripada hidup mereka yang sukar ditinggalkan sampai bila-bila. Kadang-kadang aku hanya mampu menggeleng kepala melihat gelagat mereka. Nak ditegur, aku pula apa kurangnya. Cakap tak serupa bikin. Mereka aku tinggalkan dengan keinginan remaja mereka yang membuak-buak dengan harapan mereka akan tersedar dari lamunan. 

Harapan aku kepada mereka agar tidak menjadi seperti aku, nanti blog mereka akan lebih laku dari blog aku. Punya cerita yang lebih maju dari aku. Maklumlah remaja, punya gaya yang lebih padu. Nanti dah tak ada siapa yang nak singgah diblog aku.

Aku memilih untuk menaiki keretapi, pengangkutan yang termudah untuk ke sempadan dan juga pulang. Tak perlu untuk membazir duit untuk yang tak perlu. Duit yang ada boleh aku jimatkan untuk membuka bisnes baru aku. Masih dalam perancangan. Sedang mencari tempat untuk bermula, tapi semua tak semudah yang disangka.


Aku sedang cuba mengarang sebuah sajak untuk Irene ketika duduk dalam keretapi ni. Aku terlupa untuk belikan dia ole-ole kerana keasyikan aku mencari ketenangan disana. Aku bukannya hebat sangat dalam berkarya namun aku akan cuba. Sajak ini akan aku berikan pada dia selepas dia menghantar aku ke rumah aku. Aku harap dia paham isi hati aku.

Hakktuii!!!

Aku bisa meludah,
Ludah ku tak mengira makna,
Tak peduli kalau tak mengena,
Janji kau pijak ludah ku itu,

Aku bisa meludah,
Ludah ku penuh dengan benci,
Tak peduli kalau kau peduli,
Janji aku sudah meludah,

Tak akan ku jilat kembali

Agak-agaknya apa respon dia nanti?

36 comments:

Unknown said...

kamu remaja mcm tu kan . hehe



thank wish tau :) bukan lewt mlh awl :)

CikRangers (CR) said...

hahahaha..respon dia eh?sure sentap nangis guling2 kat lantai..hihihihi

hanaahmad said...

meraung la dia mat! hahaha..

kau dulu pun mesti cuba-cuba kan? lps tu jd mcm ni? hehe.

F_H said...

dy ak terkesima sambil tersenyum..

hihihi [ketawa irene]

Unknown said...

wawawa....hebat la..siap dgn puisi sajak lg gitu..lawaweii~~

Almade_Nespesor said...

pak lan! sedap sajak haktuiih tuh .. ngehehehe

Aesya Zealous said...

satu soalan. Irene faham tak sajak cmtu? hak3

My MiRa said...

hihihihihihihihihi ketawa macam irine hu3

Akulah Pak Lan said...

EZAN IDMA:
Orang lelaki selalunya akan berkata tidak untuk menafikan. Tapi I tidak akan berkata apa2. =)

Akulah Pak Lan said...

CikRangers (CR):
Perlu ka dia guling2?..kalau dia nak guling2..i nak suruh dia guling2 kat danok..lagi best..bleh dapat duit..

Akulah Pak Lan said...

hanaahmad:
meraung kena rasuk?

haha..no komen

Akulah Pak Lan said...

LinE PuTih LiNe HiTaM:
Senyuman bagai mana?

Akulah Pak Lan said...

ChentaEty:
Sajak spontan...

Akulah Pak Lan said...

Almade Nespesor:
Nak i buat sajak untuk u sama ka?

Akulah Pak Lan said...

AesyaZealous:
Harap2 dia paham la..dia tuh betui bendui sket

Akulah Pak Lan said...

My MiRa:
U nak i bagi sajak kat u jugak ka?

Pendamba Mawar said...

haha..mau tersentak bce sajak

Munn Jaafar said...

pak lan...ada pantun sila baca dgn intonasi yg btul

Jalan2 kota melaka
mlm gelap disinari lampu
Alahai paklan kalau gitu adiahnya,
mau guling2 si irene tu!

hehe^^

Akulah Pak Lan said...

Pendamba Mawar:
agak2 dia koma tak?

Akulah Pak Lan said...

Munna:

Guling2 mcm tengiling,
Guling sampai ke jeti,
Dia memang suka berguling,
I pulak suka memerhati.

Almade_Nespesor said...

Pak lan.. sudi2 laa buat sajak utk saya.. hakhak =P

bila lagi dapat merasa ada org nk tolong buat kan puisi utk diri sndiri.. yee dok..

vampire's lovex said...

hahaha.. sajak ko tu,samada dia ludah kat kau,atau pon sama2 meludah .haha.


tempat apa tuh? aku nak gi usha arrr ..ntah2 port best...*liar nye ayat aku. hho

PinKy MoMMa said...

iyeksss respon dia mesti mcm tu huhu..sajak apakah itu paklan..
adehh..bg la sajak wangi2 skit ;p

Anonymous said...

sajak?puisi ke syair?hahaha

puteri kasih said...

rasanya dia baca ke tak sajak tu..jangan-jangan dia koyakkan terus tak..hehehe

Akulah Pak Lan said...

Almade Nespesor:
OK tunggu

Akulah Pak Lan said...

eila:
itu bukan reaksi u ka?

Akulah Pak Lan said...

vampire's lovex:
ko naik train sampai thailand..nanti turun kat sana, ko tanya orang mana danok...hahah

Akulah Pak Lan said...

PinKy MoMMa:
Ini luahan hati..agak2nya dia paham kot..

Akulah Pak Lan said...

cik ayin:
x sure..dulu BM failed ja..hahah

Akulah Pak Lan said...

puteri kasih:
harap2 dia baca...

puteri kasih said...

Kalau dia baca..gerenti dia akan simpan sajak tu buat kenangan..hehehe

NuReLLe said...

hepp..hepp..jgn meludah merata-rata buleyyhhh tak??? gugugu~

nazirah said...

huhu selamat kembali yeah
perghh sajak tu ..mmm
agak "keras" munyiknyee heeee
neway tak taw la kalau irene
bce jd cmne.. tp kalau kte la
kan sentap mak nol heee

Akulah Pak Lan said...

puteri kasih:
simpan dalam box kot..hahaha

eila:
haha..abaikan

NuReLLe:
ada tempat meludah disediakan erk? hahhaah

nazirah:
memang nak suruh dia sentap pun..ngeh2

Unknown said...

dya mesty akan terasa dan akan tanya pakcik :)