Malam Minggu

Malam hujung minggu terasa amat bosan sekali kalau tak ada aktiviti. Kalau kanak-kanak, cukup sekadar diberikan gula-gula dan disuruh masuk tidur. Budak-budak remaja pula lebih banyak melepak dekat cybercafe sambil mendownload video 3gp. Orang yang dah berkahwin lebih gemar aktiviti indoor. Orang macam aku macam mana pula? 

Tak ramai yang paham isi hati lelaki bujang yang kurang kasih sayang macam aku, yang tak ada kisah cinta cuma yang ada cuma kisah duka. Perempuan cuma satu sumpahan dalam hidup aku. Yang hadir cuma nak ambik kesempatan atas keikhlasan hati aku, sering dipergunakan dan sering dipermainkan. Hati aku sudah mati, mati untuk insan yang hanya pandai bermuka-muka.

Kunci kereta aku capai, keluar tanpa arah tuju. Jam baru menunjukkan pukul 1 pagi. Kalau bagi orang sebaya macam aku, waktu macam ini dikatakan masih muda. 

"Nak ke mana aku ni?" bercakap aku sorang-sorang.

Dalam otak aku, teringin jugak nak pergi tengok kalau-kalau ada yang lawa-lawa dekat jalan Chow Kit. Tapi bila difikiran balik itu semua murahan, yang ternyata boleh dapat jika ditabur dengan sedikit nota kertas yang bernama DUIT. Langsung tak ada cabaran bagi aku. Lagi pun buat apa aku nak membazir kalau boleh dapat percuma dan yang lebih lentik berbanding dekat situ. Stereng kereta dipusing, kereta aku bawa menuju ke tempat muda mudi berkumpul untuk berhibur. 

"100 Plus can, please!!!" kata aku kepada pelayan bar.

Aku tak akan minum arak, ambik dadah dan tidak berjudi. Itulah prinsip hidup aku yang aku pegang sejak dulu lagi. Memang minuman yang paling selamat adalah minum air dalam tin. Kalau ada yang mengaku mereka cuma pergi untuk berhibur dan tidak minum arak, tapi air yang di minum menggunakan gelas. Ternyata mereka telah terjerat. Di tempat-tempat macam ni gelas yang sama digunakan untuk menghidang arak. Entah berapa ramai yang telah meneguk air setan tanpa mereka sedari.

Lagu diputarkan menyebab muda-mudi menari dengan penuh khayal. Kalau yang datang sorang mesti balik berteman samada dalam keadaan sedar atau pun mabuk. Ke mana mereka akan pergi, itu bukan urusan aku. Aku hanya datang untuk memerhati sambil mendengar lagu. Malam ini tak ada live band yang perform, aku agak kecewa. Mulut aku terus menguyah kacang yang aku beli sama tadi. 

Kacang itu sebenarnya hanyalah helah aku agar ada gadis yang bertandang ke meja aku. Seperti yang diduga, dan aku tak pernah kecewa dengan taktik sebegini. 

"Hai, can I sit over here?" tanya seorang gadis yang tah datang dari mana.

Kat sini memang tak kenal perkataan "Assalamualaikum", kalau ada pun mungkin sudah kena gelak. Melihatkan dari bentuk badan dia yang agak good figure, dengan pakaian yang agak open menyebabkan aku tidak mampu untuk berkata tidak sambil mata lelaki aku memerhatikan bahagian yang terbuka.

"Sure, why not" balas aku dengan senyuman mesra.

Tanpa segan silu tangan gadis tersebut mencapai kacang yang ada diatas meja aku. Kami masing-masing hanya saling berbalas senyuman. Lagu dimainkan tanpa henti.

6 comments:

vampire's lovex said...

pompuan tu xleh beli kacang lain ke ..sebuk nak share2. hahaha

Akulah Pak Lan said...

vampire's lovex:
Kalau benda bleh dapat free, buat apa susah nak beli? kah kah kah

Unknown said...

Pakcik ni smkin lama smakin gatei noh! ahax.... geram plak baca entry2 dya *nak cube-try-test* ahahha

Akulah Pak Lan said...

WARTAWAN KIKIE:
haip!! tak maw tak maw lagu..
kata nak berubah...

Hanim Mahali said...

.... mata lelaki aku memerhatikan bahagian yang terbuka. "
ahaha... rasa nak jolok mata laki tu guna garfu... gatai na...

idaida0504 said...

kadang2 pening gak baca cerita ni..hahahah...tapi..kacang makan sendri lg bgus..heheh..sharing is caring kot..