Hikayat Lelaki

"Apa yang you cari kat Danok tuh sebenarnya?" tanya Irene sambil menguyah pasta dalam mulutnya.

Sebelum aku dihantarnya balik, diajaknya aku ke Midvalley untuk menemani dia untuk membeli handphone baru. Handphone yang lama dah rosak katanya, dah tak boleh digunakan. Memang sifat perempuan, akan setia pada yang satu selagi bermanfaat kepadanya. Tapi berbeza dengan kaum lelaki, setia kami berbelah bahagi. Macam biasa, jenama dan harga tidak penting bagi dia. Yang penting handphone baru dia itu mestilah berwarna pink.

"I bosan dok kat KL lama-lama. I tak cari apa-apa pun, saja pergi nak release tension" jawapan aku berikan kepada Irene sambil menyembunyikan sesuatu.

Hakikat sebenar tentang lelaki adalah mereka terlalu mudah cepat bosan akan sesuatu. Bosan dengan benda yang berulang, bosan dengan yang tidak akan berubah, bosan dengan mengjengkelkan dan bosan dengan benda yang tidak penting kepada diri sendiri. Sajak yang aku telah karang masih belum sempat aku serahkan pada dia kerana aku malas balik naik teksi. Ada baiknya aku bersabar sebentar.

"You, tak suka dekat I ka? Jauh pergi, tak ajak i pun" tanya Irene dengan rupa seperti orang yang merajuk.

Orang yang keras hati semacam aku memang tidak reti memujuk hati perempuan yang sedang merajuk. Ada satu ketika aku pernah cuba membuat lawak tatkala seorang perempuan yang sedang PMS. Niat aku memang betul, untuk menghiburkan dia. Tapi timing aku tak kena, ditengkingnya aku tanpa memperdulikan orang di sekeliling. Kebanyakan orang perempuan akan rasa jengkel kepada kita kalau kita cuba berbuat sesuatu yang nampak bodoh dimata mereka. Ada baiknya perempuan seperti ini kita biarkan mereka seketika  selagi hormon mereka tidak stabil.

"Sapa kata I tak suka dekat you? " aku masih tidak menjawab soalan dia.

Kebanyakan lelaki akan berselindung disebalik alasan "tidak" untuk menafikannya. Alasan sebegini rupa digunakan untuk mempertahankan diri mereka walaupun kadang-kadang mereka akan menipu. Menipu adalah satu mekanisma yang selalu lelaki guna dalam kebanyakan hal untuk menyelamatkan diri mereka. Mungkin anda semua tidak sedar yang aku pun sedang menipu. Tapi hakikatnya lelaki  dan menipu adalah satu lumrah yang akan kekal sampai mereka mati.

"Eh you, duit I dah habis la masa dekat Danok." kata aku sambil tersenyum sengih semasa meminta bil.

Dia seakan paham dengan keadaan aku lalu mengeluarkan walletnya. Ditariknya Gold Credit Card dan diberikan kepada pelayan restoran tersebut, sememangnya dia loaded. Kerja seperti dia sememangnya bergaji tinggi, setakat bil berharga dibawah tiada masalah untuk orang seperti dia. Lupa pula, benda yang paling mahal tuh, aku yang order dan makan.



Kami terus bergerak keluar dari Midvalley kerana hari sudah lewat, lagipun aku kepenatan kerana perjalanan yang jauh menaiki train. Aku tidak berupaya untuk  melayan kehendak dia walaupun kelihatan jelas pada tingkah laku dia seperti akan meminta. Sebelum dia berlalu pergi dari rumah aku, aku serahkan sajak yang aku karang tempoh hari yang diletakkan dalam sampul surat.

"I ingat you dah lupa" kata dia pada aku.

Wajah dia kembali riang dan aku pula hanya tersenyum. Aku yang kepenatan terus masuk ke dalam rumah, mandi dan terus tidur. Pada keesokan paginya apabila aku bangun, aku baca satu sms yang dikirimkan Irene yang berbunyi.

"I hate you!!!"

35 comments:

hanaahmad said...

aku betul2 nak tau. segala cite yg hang tulis ni betui ke idok? haha....

vampire's lovex said...

kesian irene,dapat sajak tak senohong kau tu.

Fyqa said...

kahkahkah

pdan muka ang

puteri kasih said...

rasanya tiada balasan kepada sms i hate you tu kan..hehehe

Unknown said...

perempuan memang setia rasanya.

setiap kali aku keluar makan, aku hanya akan order kueh teow hong kong saja.

sudah dekat 6 bulan begitu.

sila tampar aku di muka. aku terlalu setia.

ini menggelikan.

Akulah Pak Lan said...

hanaahmad:
No komen..aci?

Akulah Pak Lan said...

vampire's lovex:
seperti yang dijangka..

Akulah Pak Lan said...

Fyqa:
haip kenapa muka aku plak yang padan?

Akulah Pak Lan said...

puteri kasih:
rasa2nya i nak reply mcm ni..

"bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor"

Akulah Pak Lan said...

Ungu:
Mungkinkah hati kau di hong kong? Jauh kau berangan

Akulah Pak Lan said...

eila:
cuba bayangkan u dapat sajak tuh...

Anonymous said...

rekaan kan???=)

Akulah Pak Lan said...

fierapirot:
pak lan dah pernah bgtau dulu lagi kan? :)

Unknown said...

I hate u too hahaha lol

Anonymous said...

agreed dgn komen no 1 tu haha..btl ke idok? ke mmg cara tls camtu? haha

vampire's lovex said...

bapak !! kata nak hantar pegi skolah !! cepat aaaa dah lmbat dah ni..hahaha...

*drama pagi..kah kah kah

Akulah Pak Lan said...

WARTAWAN KIKIE:
hate me yes, love me not

zOeY zAu YaH:
no komen jugak...hehe..aci?

vampire's lovex:
bapak mc hari ni..suruh mak kau hantar..

PinKy MoMMa said...

eh awat tak bayaq cash muahahaha

NuReLLe said...

i hate u MORE!!!!! gugugu

hanaahmad said...

tak aci sungguh kau. haha

F_H said...

mmg demn n sheep..

wahahahahha....

Qaseh Dalia said...

laki mmg gtu .. rekaan or not itu lah kenyataan di dunia skang ..huh hate jugak lah haha

Akulah Pak Lan said...

PinKy MoMMa:
orang loaded tak bwk cash

Akulah Pak Lan said...

NuReLLe:
love me not..hate me yes

Akulah Pak Lan said...

hanaahmad:
jom main aci ligan

Blog Eazy Izzuddin said...

haha
gold card ouh..
xD

Akulah Pak Lan said...

LinE PuTih LiNe HiTaM:
aku tgh kira sheep ni..kot2 bleh tidoq awai malam ni

Akulah Pak Lan said...

Qaseh dalia adelia:
paham pun

Akulah Pak Lan said...

Eazy Izzuddin:
yes gold card..kaya kan dia?

Anonymous said...

tak aci ! he he

NAZ said...

i hate u. mungkin dia dah cair sangat dengan lu kot hahaha

Unknown said...

ahaha.. ipot kat irine ar pasni.. hehehe... :P

Akulah Pak Lan said...

zOeY zAu YaH:
jom main aci ligan

Akulah Pak Lan said...

naz:
haha memang pun

Akulah Pak Lan said...

Diary oF Mine:
jgn bgtau dia i ada blog