Sementara menunggu pasword aku di reset oleh admin office aku kerana aku ni jenis yang mudah lupa. Aku terpanggil untuk mengarang entri ini. Sering kali aku menulis dalam blog ini ramai yang melabelkan aku sebagai playboy, tak kurang jugak yang mengatakan aku ni casanova. Aku tak pernah salahkan mereka. Mereka menilai aku melalui apa yang telah aku gambarkan diri aku dalam blog ini. Aku tidak akan berkata ya atau tidak. Hak masing-masing untuk menilai. Asalkan mereka terus membaca, aku dah cukup berpuas hati. Walaupun kadang-kadang apa yang aku tulis tak menarik untuk dibaca.
Hakikatnya, aku bukanlah terdiri dari golongan laki yang kaum wanita cari untuk dijadikan boyfriend. Jauh sekali kalau nak memilih aku sebagai calon suami mereka. Aku tak seromantik watak Seth Tan dalam drama Nora Elena. Again, aku masih benci akan drama Nora Elena walau pun cerita dia dah habis. Aku tak sekacak Yusry yang dapat memikat hati Lisa Surihani dengan berbekalkan syarikat produksi dan status duda berhias. Atleast dia pernah berkahwin sekali. Ada pengalaman orang kata.
Apa pengalaman yang aku ada? Nothing.
Mungkin ada yang pernah bertanya, kenapa aku menjadi seperti yang aku gambarkan dalam blog ini. Manusia punya guru yang kekal sampai akhir hayat dia. Guru yang aku maksudkan adalah "pengalaman". Aku yang sekarang ini adalah produk yang terhasil daripada pengalaman yang aku dapat dari dulu. Pengalaman yang membentuk diri aku yang sekarang ini. Sebenarnya gelaran playboy mahupun casanova yang diberikan tu kurang tepat. Aku lebih prefer "Play Single".
Tak pernah dengar perkataan ini? Biar aku jelaskan sedikit. Hell Yes, sekarang aku dah kembali single. Tak perlu aku ceritakan kisah aku dulu, kerana aku tak suka mengungkit kisah yang akan menunjukkan aku ni seorang yang lemah. Play Single bermaksud orang yang tak pernah serius dalam mana hubungan atau lebih tepat yang aku maksudkan mengamalkan dasar no relationship. Sekarang korang pahamkan kenapa aku UNFRIEND dengan Tasya dalam previous entri aku. Tak guna untuk orang seperti aku untuk menjadi setia yang akhirnya akan dikhianati. Lebih baik jadi seperti aku yang sekarang. "No String Attached".
Cara ini adalah terbaik untuk orang seperti aku untuk mengaplikasikan "Self Defence Mechanism" supaya tak menjadi lelaki yang kecewa. Lelaki diluar sana tak perlu menjadi seperti aku, kerana girlfriend atau tunang anda adalah seorang yang setia. Berbeza dengan aku, setiap kali berjumpa dengan gadis yang elok, mesti dia awek orang. Tiap kali jumpa yang berkenan mesti dia dah bertunang walau pun ada yang cuba menyembunyikannya. Bukan cara aku untuk merampas atau berebut kerana aku bencikan semua tuh. Nonsense.
Sekali lagi terpulang pada anda semua untuk menilai aku. Aku tidak akan berkata ya atau pun tidak. Carilah jawapan anda sendiri sampai cerita aku ni habis. Bila nak habis? Tah la, aku pun tak tau. Mungkin sampai aku jumpa seorang yang mampu merubah aku? Tapi itu semua hanya kemungkinan.
Sakk!!! Tak best langsung entri aku kali ni sebab tak da gadis yang terlibat sebab aku tengah kerja sekarang. Mungkin lain kali aku patut menceritakan perihal aku dengan amoi office aku, sebab kat office memang banyak objek yang menarik seperti kerusi, meja, mesin photocopy dan bilik stor.

26 comments:
cerita yang sama,
watak yang berbeza
hidup mesti berani terima kenyataan
belajar dari pengalaman
pengalaman mengajar erti kehidupan :)
entah kenapa aku amat meminati entri ni...macam ada flashback
hehe aah kurang "Ummphhh" sikit la entri kali ni hehehe..tapi sy setuju dengan kata-kata awk tu . "pengalaman" itu adalah guru kita.. yess.. dan pengalaman itu lah yg tlh mmtgkan saya ;)
bile sampai masanye... pintu itu akan terbuka..
NuR 'aQiLaH:
:)
puteri kasih:
memang itu maksud entri ini...
nazirah:
esok2 nak kena kasi kaw2 sket
Anonymous:
harap2 mcm tuh la...
ehem. saya single jugak. ehemm
apa2 pun [engalaman mmg penting. terumata skali time carik keja. ahahahaa. mst tny pengalaman.
hehe.. pengalaman itu harga yg tidak boleh di bayar ;)
EZAN IDMA:
Saya play single..berani?
EYFAalias:
Time kerja pun nak kena ada pengalaman kalau nak gaji byk
Khairul Hakimin B. Muhammad:
yup
hohhhh macam aku masa zaman remaja. *bajet dah tua..haha...
maybe ko tak jumpa orang yg betol2 sayang ko ..
meh aku nak doa kan...semoga kau jumpa gadis yang betol2 in dengan kau..amin....
amoi ke nyonya yg banyak kat office ko tu.haha..kalau nyonya x yah cta arr weyy,,x cun! kahkah :P
hurmm apa2 pown sy admire pakcik.... admire sbb karangan SPM dya terbaik ahax... *Nonsense* hurmm tahlah... dah menjadi habbit bila bukak blog mesty org pertama ialah PAKCIK kikie cari dulu....
vampire's lovex:
amoi kot...semua pakai skirt...
WARTAWAN KIKIE:
Thanks :)
gua hormat pendirian lu bro :) kalau itu yang terbaik ambil masa untuk selidik.
single is cawesome..so why shud we ask for double?? #tetiba :D
naz:
Yup..dont know when i will recover..almost lost my respect to women..
NuReLLe:
yeah...agree..that y i petik "Play Single"
wahh..BM kasi A++ laa..hehe.
karangan yang mantap , penuh dengan dramatis..hehe
uitt, sabaq noh..doa byk2 supaya dipercptkan jodoh tu..ada je jodoh utk awk..chill..:)
FizaFizz:
I really dont mind about jodoh anymore
insyaAllah ada..
FizaFizz:
Play Single is the best "self defence mechanism" for me
hehe ok kaw pnye satoh !!
hehe tak sbr tgu ni ngeee
pas nie tulis pasword kat atas tgan bro..:P
JOM singgah blog saya nak...saye sayang bapa saya...
aku doa kan jdoh pak lan ketemu jua. ;)
nazirah:
haha..ok
SheyPull:
haha ok..
Fyqa:
:)
playboy ke kau? playboy lagi aku. ahaaa. semoga bertemu jodoh dengan secepat mungkin!
:)
cik azeya:
Aku Play Single ok...Play Single..
u r what u r..no need to change for others..
n yes, pengalaman memang banyak mengajar..dan ada pengalaman yg bt kt serik utk lakukan sesuatu perkara tu lagi..
n pengalaman dlm bercinta ni mmg perit kalo tak kesampaian..just go with the flow. ada jodoh nnt tu. heheh
Post a Comment