Annie aku biarkan dia terus nyenyak di buai mimpi, mesti dia masih kepenatan kerana semalam. Aku sebenarnya tidak berapa pasti siapa nama dia yang betul, aku mudah lupa. Inilah satu-satunya kelemahan diri aku yang tak mampu aku sembunyikan. Aku turun perlahan-lahan dari katil menuju ke ruang dapur. Lelaki akan nampak sangat romantik di mata gadis, kalau mereka dapat menyediakan sarapan pagi untuk mereka. Kalau tak percaya cubalah. Masak omelet tidak la susah yang difikirkan oleh gadis yang tak pernah menyentuh sudip.
Aku bawa omelet dan juga sedikit jus oren ke kamar tidur. Dia sudah bangun, manis sungguh senyuman yang dileparkan pada aku. Jari telunjuk dia sedang menggamit memanggil aku. Aku cuba untuk tidak melayan kehendaknya. Kalau dilayan juga, sarapan yang aku bawa ini pasti akan menjadi hidangan makan tengah hari kami. Benda yang dah sejuk tentu tak akan rasa sedap. Baru kenal semalam di kelab dah pandai merajuk, perempuan memang macam tu angin dia. Ego aku pulak sangat tinggi, cukup sekadar sekali bagi aku.
Aku hanya senyum kembali pada dia. Sarapan aku letakkan di depan dia di atas katil. Muka dia memaling dari aku tanda merajuk kerana aku tidak melayan kehendak dia. Aku tinggalkan dia sendirian menuju ke bilik air. Baru aku teringat yang hari ini kawan lama aku ajak berjumpa. Rasanya sudah 8 tahun kami tidak berjumpa sejak habis belajar di Matrikulasi. Sekali sekala lepak dengan lelaki apa salahnya. Kalau selalu tuh mungkinlah akan dituduh sebagai pasangan gay. Tapi aku lebih prefer perempuan.
"Annie where are you?" sahut aku mencari Annie setelah selesai mandi.
Yang aku jumpa hanyalah pinggan omelet yang sudah licin dimakan serta dibawahnya terselit satu nota ringkas yang berbunyi
Thanks dear for last night. You are awesome
Call me later ya.
With love,
-Zara-
Aku dah biasa dengan pujian begini, namun normal jugak aku lupakan nama gadis yang tak perlu bayar apa-apa untuk dapatkan mereka. Aku perasan jugak name card yang ditinggalkan. Nota dan name card tersebut aku letak dalam tempat aku simpan nota dan name card gadis-gadis lain, bakul sampah. Aku tak berminat untuk kali kedua. Kotor sungguh perangai dia. Mandi pun tidak, boleh terus balik macam tuh saja. Pinggan yang dia makan tadi pun tak berbasuh. Begini la gadis-gadis lentik zaman sekarang, "Dapat madu di balas tuba".
14 comments:
errr? hmmmm....
:)
Fyqa:
^_^
kisah benar ka ni?
mean jadi kat pnulis?
wuuu
Fyqa:
Baca tajuk blog
muahaha. maap2. t'lopeh pndng.. ;)
Fyqa:
No big deal
pening...blog ni available..?atau yang lama?atau dua2?
::Mastura Zakaria::
Yang ni baru OK..so pindah balik rumah lama...lebih prefer duduk rumah lama
wahh nama perempuan yg ada smua yg canggih je ang nih..hahaha
letak lar nama jenab ke..munah ke..
memilih noooo ;p
PinKy MoMMa:
Ikut zaman...
bukan anak dara mmg cmtu. anak DARA je rajin. ngeh3.
hanaahmad:
Yaka?
hahaha memang tuba la,dia balas dendam ahh wehh,ko tak hengat nama dia..
nama dia zara ok zara....haha
vampire's lovex:
haha...dia pemalas kot..makan tak reti nak basuh
Post a Comment