Hari ni aku nak jadi kepoh macam Melodi. Aku nak cakap benda yang mengaibkan orang dan diri sendiri. Aku tau yang betul tu mengata yang tipu itu fitnah. Since aku dah kata aku nak jadi kepoh macam Melodi, so aku tak peduli. Mungkin sebab itu wujudnya Melodi, untuk mengepohkan keadaan.
Orang kita. Eh bukan. Ops!! minta maaf kaum-kaum lain yang tak bersalah. Orang melayu kita saja yang stok-stok macam makcik-makcik yang memang suka baca majalah Mangga, URTV dan seangkatannya tak lupa juga makcik-makcik yang suka pakai baju kelawar serta pakai bedak sejuk setebal 2 inci macam pontianak memang suka tengok rancangan melodi. Mereka suka cari bahan, bahan nak dibuat bersembang di waktu time tea hour bersama kawan-kawan yang punya minat yang sama. Mungkin mereka sedang bercompete, siapa yang lebih updated.
Maybe.
Oh! Di mana aku tadi? Aku sudah hampir lupa apa yang aku nak cakap.
Semalam masa aku balik dari office aku lalu depan gerai yang jual macaroons(aku tak tau spell dan aku malas nak google.) aku ternampak awek comel yang jadi tukang jual. Aku pasti sebab aku beli macaroons dari dia yang bernilai RM10 untuk 5 biji adalah disebabkan awek yang comel yang jual dan bukannya kerana aku sukakan macaroons. Aku pasti.
Short update. Amin dah tukar relationship status dia dalam Facebook. Dari single kepada In Relationship. Ramai yang like. Tak kurang juga ramai juga yang ucap tahniah. Semuanya lelaki, termasuk partner dia.
Irene yang dulunya pernah ada scandal dengan aku, tiba-tiba dia sms aku. Mulanya aku pelik kenapa dia cari aku lagi walaupun dia ada laki lain. Rupa-rupanya dia nak bagitau yang dia dah bertunang. Ok good for her. Dia ada mms gambar tunang dia. Aku hanya tersenyum kerana terasa aku lebih putih seketika. Orang Nigeria rupanya.
Termasuk juga beberapa orang kawan aku yang banyak update blog dan status FB menyatakan mereka dah jumpa someone sempena raya ni. Mesti ramai yang akan tanya soalan yang common pada aku bila aku dah ceritakan semua ni.
"Pak Lan bila lagi?"
Puas aku fikirkan. Akhirnya aku dah ada jawapan untuk korang semua dan termasuk juga sedara mara aku.
"Aku akan kahwin pada bulan 12"
Jawapan yang sama aku berikan pada semua orang yang bertanya termasuklah pakcik makcik yang tak sabar-sabar nak tengok aku kahwin. Semua orang seakan gembira dengan jawapan aku sampai mereka terlupa nak tanya tahun bila dan dengan siapa.
Published with Blogger-droid v1.7.4
28 comments:
hoho..mrnarik..!!
cun..!!
xyz4mir.blogspot.com/
macaroons sedap..tapi manis sgt..adehh
org nigeria? hahaha kalau camtu..aku pun putih lagi la pak lan ;p
tak pa..bulan 12 tahun tak tau biler kan..kalau makcik makcik tanya nak kawin biler..ang cakap la..ramai sangat makcik oiiii..tak tau ceq nak pilih yang mana..kompius huhu ;p
hahaha bulan 12.. mst ingat bln 12 ni hahhaa. macam2 hal la manusia ni kan mmg kepochi adehh. jodoh kte rahsia Allah kte pn tak taw jodoh tu smpi bila.. hurm tensen gak bile org kepoh2 tnye bile nak kawen? adehhh
shazmir: apa yg menarik?
nurelle: sekali sekala ok la.
pinky momm: pasal kawen depa tak kan senyap selagi paklan tak kawen 4.
nazirah: buat dunno ja. takpun cari alasan yg bijak
my aunt sgt kepoh tau x..dulu slalu tny akak aku bila nak kwin, skg dah kwin dok tny plak bila nak ada anak...padahal anak die da umo 40 x kawin2 lg.
wah sekarang puteri dah tau camna nak jawab bila orang tanya...hahahaha
paklan, kau harus kahwin wey. xkan nk wait 30. hehe. tp ok je laki kawen lambat. :)
by the way, aku nk minta tolong lah. aku nk buka sewa iklan tp aku tk tau mne nk dapatkan box iklan macam kau punya tu..
Munna : kau bg ja jawapan yang seakan perli kat dia. nanti dia diam la tuh
puteri kasih: hehehe.
hahaha..kte tau dah trick nih..sbab kte slalu buat jgk..bulan 12 gak tp xtau thn ble n ngn sape..bln 12 sbb bfday kte bln 12..wee
dah mobile dah!! :D
mana la tau kan masin mulut tu hehe
hahaha. sekarang tak payah nk tunggu melodi dah. melodi mcm ditapis sgt, nara, ohbulan etc lebih real hoho
finaz: haha bijak
namee : good
zoey: mulut aku manis. hahaha
dylla: that y aku mention melodi
kalau aku, aku pi jawab aku masih belajaq, tapi hak yang agak x puas hati tu, aku cakap pas raya aku kawen. mungking raya tahun 2020 nanti..siapa tahu, yang penting jawapan aku jujur serta ikhlas ho ho
tahniah cik lan. jemput aku tau. umah kite dekat je kan
ivana: kau study lagi takpa. aku ni dah kerja 4 tahun. so wajib kena bg jawapan yang bijak
wadi : weh..kau masih ada peluang. aku masih single..hahaa
dapat peluang ape? haha segan la aku
ceh segan plak kau eh?
cam best aje kan jwpn tue..ble la pinjam ek..hehe!
Post a Comment