Malam  hujung minggu terasa amat bosan sekali kalau tak ada aktiviti. Kalau  kanak-kanak, cukup sekadar diberikan gula-gula dan disuruh masuk tidur.  Budak-budak remaja pula lebih banyak melepak dekat cybercafe sambil  mendownload video 3gp. Orang yang dah berkahwin lebih gemar aktiviti  indoor. Orang macam aku macam mana pula? 
Tak  ramai yang paham isi hati lelaki bujang yang kurang kasih sayang macam  aku, yang tak ada kisah cinta cuma yang ada cuma kisah duka. Perempuan  cuma satu sumpahan dalam hidup aku. Yang hadir cuma nak ambik kesempatan  atas keikhlasan hati aku, sering dipergunakan dan sering dipermainkan.  Hati aku sudah mati, mati untuk insan yang hanya pandai bermuka-muka.
Kunci  kereta aku capai, keluar tanpa arah tuju. Jam baru menunjukkan pukul 1  pagi. Kalau bagi orang sebaya macam aku, waktu macam ini dikatakan masih  muda. 
"Nak ke mana aku ni?" bercakap aku sorang-sorang.
Dalam  otak aku, teringin jugak nak pergi tengok kalau-kalau ada yang  lawa-lawa dekat jalan Chow Kit. Tapi bila difikiran balik itu semua  murahan, yang ternyata boleh dapat jika ditabur dengan sedikit nota  kertas yang bernama DUIT. Langsung tak ada cabaran bagi aku. Lagi pun  buat apa aku nak membazir kalau boleh dapat percuma dan yang lebih  lentik berbanding dekat situ. Stereng kereta dipusing, kereta aku bawa menuju ke tempat muda mudi berkumpul untuk berhibur. 
"100 Plus can, please!!!" kata aku kepada pelayan bar. 
Aku  tak akan minum arak, ambik dadah dan tidak berjudi. Itulah prinsip  hidup aku yang aku pegang sejak dulu lagi. Memang minuman yang paling  selamat adalah minum air dalam tin. Kalau ada yang mengaku mereka cuma  pergi untuk berhibur dan tidak minum arak, tapi air yang di minum  menggunakan gelas. Ternyata mereka telah terjerat. Di tempat-tempat  macam ni gelas yang sama digunakan untuk menghidang arak. Entah berapa  ramai yang telah meneguk air setan tanpa mereka sedari.
Lagu  diputarkan menyebab muda-mudi menari dengan penuh khayal. Kalau yang  datang sorang mesti balik berteman samada dalam keadaan sedar atau pun  mabuk. Ke mana mereka akan pergi, itu bukan urusan aku. Aku hanya datang  untuk memerhati sambil mendengar lagu. Malam ini tak ada live band yang  perform, aku agak kecewa. Mulut aku terus menguyah kacang yang aku beli  sama tadi. 
Kacang  itu sebenarnya hanyalah helah aku agar ada gadis yang bertandang ke  meja aku. Seperti yang diduga, dan aku tak pernah kecewa dengan taktik  sebegini. 
"Hai, can I sit over here?" tanya seorang gadis yang tah datang dari mana.
Kat  sini memang tak kenal perkataan "Assalamualaikum", kalau ada pun  mungkin sudah kena gelak. Melihatkan dari bentuk badan dia yang agak  good figure, dengan pakaian yang agak open menyebabkan aku tidak mampu  untuk berkata tidak sambil mata lelaki aku memerhatikan bahagian yang  terbuka.
"Sure, why not" balas aku dengan senyuman mesra.
Tanpa  segan silu tangan gadis tersebut mencapai kacang yang ada diatas meja  aku. Kami masing-masing hanya saling berbalas senyuman. Lagu dimainkan  tanpa henti.
 


6 comments:
pompuan tu xleh beli kacang lain ke ..sebuk nak share2. hahaha
vampire's lovex:
Kalau benda bleh dapat free, buat apa susah nak beli? kah kah kah
Pakcik ni smkin lama smakin gatei noh! ahax.... geram plak baca entry2 dya *nak cube-try-test* ahahha
WARTAWAN KIKIE:
haip!! tak maw tak maw lagu..
kata nak berubah...
.... mata lelaki aku memerhatikan bahagian yang terbuka. "
ahaha... rasa nak jolok mata laki tu guna garfu... gatai na...
kadang2 pening gak baca cerita ni..hahahah...tapi..kacang makan sendri lg bgus..heheh..sharing is caring kot..
Post a Comment